Wednesday, June 22, 2011

Penggal Kepala 10 Orang Sehari


Hukuman Qisas telah dijalankan oleh Arab Saudi ke atas Ruyati binti Satubidari Indonesia ;’Hilang nyawa dibalas nyawa ‘

Namun begitu umum belum mengenali eksekutornya (pemenggal kepala). Beliau adalah Muhammad Saad al-Beshi.

Di Arab Saudi, nama Saad Al-Beshi cukup terkenal. Maklum saja, beliau ialah lelaki pemotong kepala. Kini usianya lingkungan 50 tahun. Beliau merupakan seorang eksekutor yang digaji khas oleh pemerintah Arab Saudi untuk kerja itu.

Beshi, yang direkrut jadi eksekutor sejak 1998 berbangga dengan pekerjaannya.

Sebenarnya beliau adalah seorang suami penyayang. Seorang ayah yang baik. Namun pekerjaan tetap pekerjaan. Secara peribadi, al-Beshi merupakan seorang antikekerasan terhadap perempuan.

“Saya memang menentang kekerasan terhadap perempuan. Namun, jika semua perintah datangnya dari Tuhan, saya harus melaksanakannya. Saya bangga kerana boleh melakukan pekerjaan untuk Tuhan,” kata Beshi.

Mereka yang dihukum bunuh di Arab Saudi terdiri dari pembunuh, perogol, penyeludup dadah, perompak bersenjata dan pengguna dadah.

Selain diminta memenggal kepala tahanan, biasa jugak Beshi diminta menembak mati pesalah perempuan. “Semua tergantung permintaan. Kadang-kadang mereka menyuruh saya menggunakan pedang, kadang-kadang pula dengan senjata api. Selalunya saya menggunakan pedang,” katanya.

Beshi bekerja sebagai eksekutor di penjara Taif. Di antara tugasnya di sana, ialah menggari dan menutup mata pesalah yang menghadapi hukuman mati. Pernah, dalam sehari ia memenggal 10 kepala pesalah mati.

Kata Beshi, ketika pertama kali menjadi eksekutor di Jeddah, dia sangat gugup. Sebabnya, ramai orang yang memerhatikan ketika dia melakukan pekerjaan itu.

Sebagai seorang eksekutor hukuman qisas di Arab Saudi, Muhammad Saad al-Beshi telah menjalani latihan khas. Biasanya latihan yang dijalankannya adalah bagaimana cara memegang pedang dan tempat di mana menghayunkan mata pedang ke sasaran. Kerana semestinya dilakukan supaya dalam sekali tetak, kepala pesalah boleh langsung terputus dan proses kematian tidak berlangsung lama

“Saya biasa menggunakan pisau khas yang sangat tajam untuk penggal kepala , bukan pedang. Ketika mengiris, saya memulainya dari tulang sendi agar mudah,” katanya.(ArabNews)
catatan indah.com 22 Jun

2 comments: