Gastonia - Seorang penganggur James Verone, 59 yang tidak memiliki insuran kesihatan di North Carolina, Amerika Syarikat, sengaja merompak bank. Yang dimintanya hanya US$1 supaya dia ditangkap polis . Tujuannya untuk mendapat rawatan kesihatan percuma.
Menurut guardian.co.uk, Rabu 22 Jun, North Carolina bukanlah tempat yang baik bagi seorang penganggur yang sakit sepertinya.Pada 9 Jun lalu dia nekat pergi ke sebuah bank di Gastonia dan melakukan rompakan. Di bank yang tidak disebutkan namanya, Verone menyerahkan catatan kepada pekerja bank yang berbunyi, "Ini rompakan, tolong serahkan kepada saya wang 1 dolar saja".
Setelah memberi nota kepada pegawai bank , Verone pergi duduk di sudut bank dan memberitahu "Saya duduk di kerusi sana, menunggu polisi."
Sebelum merompak , Verone juga sempat mengirim sepucuk surat kepada surat khabar Gaston Gazette, memberi tahu lokasi rompakannya. "Saya memiliki fikiran yang kuat, tapi tubuh yang lemah," katanya di surat itu. Verone mengundang pihak media ke situ untuk mewawancaranya jika sudah berada di penjara nanti. .
Verone menceritakan yang dia kehilangan pekerjaan sejak 17 tahun lalu sebagai tenaga pengiriman Coca Cola. Namun, dengan sejumlah penyakit yang ia derita, dia berharap akan mendapat rawatan percuma.
catatan indah.com 23 Jun
No comments:
Post a Comment