Sunday, June 19, 2011

REMAJA PEREMPUAN JADI PEMBUNUH UPAHAN

Para remaja ini mengaku telah direkrut oleh kumpulan dadah

GUADELAJARA - Maria Celeste Mendoza baru 16 tahun, sudah mahir menggunakan senjata. Senjata andalannya adalah Kalashnikov.

Gadis ini mengaku dilatih menjadi pembunuh untuk Zeta, salah satu kumpulan dadah paling ganas di Mexico. Dia dilatih menggunakan senjata serbu Kalashnikov dan beberapa jenis senjata lainnya.

Pengakuan remaja itu mengejutkan. Profesionnya adalah pembunuh bayaran kumpulan dadah Mexico. Dia dibayar 12,000 peso untuk pekerjaan dua minggu.

Mendoza merupakan salah seorang dari enam perempuan berusia di bawah 21 tahun yang ditangkap tentera Mexico minggu lalu. Mereka ditangkap dalam sebuah insiden tembak menembak di Guadelajara, bandar kedua terbesar di Mexico.

Setakat ini, belum diketahui adakah dia pernah membunuh orang.

Semakin besarnya angka pengangguran di kalangan generasi muda dan kemudahan mendapatkan dadah membuatkan remaja terjebak untuk bergabung dengan geng-geng dadah yang menjanjikan kemewahan dalam waktu singkat.

Pada tahun 2010, 214 kanak-kanak di bawah umur ditangkap atas kejahatan berkaitan dadah berbanding tahun 2007 hanya lapan orang

"Kejahatan pengganas, penjenayah menyediakan pekerjaan bagi sebahagian penganggur menjadikan mereka tidak memiliki banyak pilihan," kata Victor Clark-Alfaro, Pengarah Binational Center for Human Rights di Tijuana.

Pada Disember 2010, tentera Mexico menangkap seorang tukang pukul kumpulan dadah berusia 14 tahun. Namanya Edgar Jimenez atau El Ponchis. Warga negara Amerika Serikat itu mengaku sudah membunuh beberapa orang. Dia melakukannya di bawah pengaruh dadah. 

Seorang anggota kartel La Familia, Miguel Ortiz Miranda yang tertangkap tahun lalu menceritakan secara detail tentang latihan untuk calon tukang pukul mereka.

Katanya, salah satu ujiannya adalah mendera orang dengan cara yang sangat kejam. "Supaya mereka tidak takut ketika disuruh memotong tangan atau kaki," .
indah.com 19 Jun

No comments:

Post a Comment