Monday, June 6, 2011

Salih Yaakob berbulan madu


Pelakon, pelawak dan penyampai radio popular, Salih Yaacob berlepas ke Beijing, China untuk berbulan madu dengan isteri keempatnya, Samihah Sheikh Ali, semalam.

Lebih menarik, Salih turut mengotakan janjinya untuk membawa bersama ketiga-tiga isteri yang lain iaitu dan Norfara Wahida Sulaiman, Norraha Hamat, Norlizah Mamat serta anak-anaknya.

Sebelum berlepas, mereka terlebih dahulu diraikan oleh 40 peminat dari Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Pada 30 Mei lalu, Salih selamat menjalani upacara pernikahan kali keempatnya dengan Samihah di Masjid Kamek Kampung Melayu Kulaijaya, Johor.

Mereka berdua diraikan dalam satu majlis resepsi sederhana bersama keluarga sebelah isteri dengan kira-kira180 tetamu hadir.SH

No comments:

Post a Comment