LONDON - Bekas Perdana Menteri England Tony Blair mengaku yang dia selalu membaca Alquran setiap hari. Setelah bersara dari politik politik, beliau mempunyai banyak masa terluang untuk membaca Alquran.
Semenjak meninggal Downing Streets 10 pada 2007, beliau lebih terbuka melihat dan berbincang soal agama. Pada hal sebelum ini beliau enggan mempersoalkannya.
Kata Blair seperti dilaporkan Daily Mail pada 13 Jun "Saya membaca Al-quran setiap hari. Saya lakukan ini untuk memahami apa yang terjadi di dunia. Saya melihat Quran sangatlah instruktif " .
Bekas Perdana Menteri dari Parti Buruh tersebut yakin memiliki pengetahuan mendalam tentang Islam dapat membantu peranannya sebagai utusan khas untuk Timur Tengah. Apalagi tugas beliau yang ditetapkan oleh PBB, Amerika Syarikat, Rusia dan Eropah tersebut ditujukan untuk membantu perdamaian antara Palestin dan Israel.
Blair juga mengatakan bahawa Islam adalah agama yang indah. Beliau juga menganggap Nabi Muhammad SAW sebagai individu yang amat mendorong kemanusiaan. Pada 2006 lalu dia menyebut Alquran sebagai buku reformis yang amat inklusif.
Kata Blair lagi " Al-Quran amat tinggi ilmu pengetahuan dan amat membenci tahayul. Selain itu Alquran juga amat praktis dan jauh lebih maju ketika membicarakan sikap menghadapi pernikahan, hal-hal perempuan serta pemerintahan,"
No comments:
Post a Comment