Crute ketika keluar dari mahkamah |
Kes yang unik... berlaku di England. Seorang Pengarah Perusahaan minyak menyamar sebagai wanita. Beranikah anda berlakun begitu. Ada berani ?
LONDON - Martyn Crute , Pengarah perusahaan minyak ingin menghindari wartawan yang menunggunya di mahkamah England menyamar diri dengan berpakaian seperti perempuan . Crute menghadapi tuduhan rasuah.
Crute berpakaian lengkap wanita ditambah dengan aksesoris lagi . Dia memakai pullover berbelang tanpa lengan, rok panjang paras lutut warna hitam dan kasut tumit tinggi serta kacamata hitam ketika meninggalkan Lincoln Crown Court, England, sepertimana dilaporkan The Telegraph, awal minggu ini.
Tetapi jurukamera lebih cekap, peka dengan keadaan. Malang baginya! Penyamarannya yang unik itu dapat juga dirakam oleh ramai jurukamera yang menunggu ketika beliau keluar dari mahkamah.
Jurukamera mengejar, Crute mengibaskan rambut menutup wajahnya untuk menyembunyikan rahang dan bekas cukuran di pipinya.
Crute, berasal dari Retford, Notts, England, adalah seorang Pengarah UK Oil and Gas Ltd. Ia muncul di mahkamah atas tuduhan bahawa usahanya selama 15 bulan beroperasi tanpa terdaftar di badan keselamatan gas, Corgi. Hal itu telah menempatkan para pekerja dalam risiko karena standard kerja yang buruk yang dilakukan selama masa tersebut.
Jaksa penuntut untuk Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan Britain, mengatakan perusahaan itu terus menggunakan logo Corgi dalam dokumennya dan memberi kesan kepada pelanggan bahawa perusahaan tersebut beroperasi secara salah.
Crute mengakui salah atas tuduhan telah melanggar peraturan Kesihatan dan Keselamatan dalam Undang-Undang Kerja Britain. Dia didenda 2,000 poundsterling dan diperintahkan untuk membayar 41,000 pound denda atas perkara dan dilarang menjadi pengarah perusahaan selama tujuh tahun.
indah.com 31 Mei
indah.com 31 Mei
haha..
ReplyDeletemacam2 perangai manusia kan.
kita kalau terpaksa boleh buat macam tu
ReplyDelete