Friday, June 3, 2011

WOW ! Pertandingan Mr Ugly. Unik


Juara Mr Ugly Austrin Mbewe (tengah) bergambar dengan juara ke-3 Chitova Chezhira (kiri) dan juara ke-2 Kudakwashe Chiramba

HARARE - Ini lain dari yang lain. Hebat Zimbabwe. Tahun ini penganjur di Zambabwe menganjurkan pertandingan ‘Mr Ugly’. Hebat kan ? Kalau kita ? ada berani ?

Biasanya penganjur akan menganjurkan pertandingan ‘Ratu Cantik’ atau ‘Jejaka Tampan’. Tetapi Zimbabwe membuat kelainan. Tahun ini mahkota orang terhodoh itu menghiasi kepala Austin Mbewe,30.

“Saya merasa sangat terhormat dinobatkan menjadi Mr Ugly. Sejak kecil saya sering diejek orang kerana hodoh, rupanya ada hikmah di sebalik hodohnya saya.” kata Mbewe dalam wawancara dengan The Herald.

Dalam pertandingan pada Sabtu 28 Mei lepas, Mbewe mendapat tempat pertama, diikuti Kudakwashe Chiramaba, 45 tempat kedua dan Chitova Chezhira , 39 tempat ketiga.

Jumlah kesemua peserta Mr Ugly seramai 15 orang. Uniknya juri semua wanita. Mungkin mereka ini ugly di mata perempuan, tetapi sebaliknya di mata lelaki.

Pertandingan Mr Ugly 2011 ini merupakan tahun ketiga, tetapi jumlah pesertanya menurun kerana tahun lalu pesertanya seramai 30 orang. Pemilihan lelaki terhodoh se-Zimbabwe itu mendapat restu dari Dewan Kesenian Nasional dan Otoritas Pariwisata Zimbabwe.

Dengan bangga Austin berkata "Saya sangat percaya diri dengan penampilan asli saya. Pertandingan ini sangat hebat, tetapi akhirnya hasil kerja saya mendapat hadiah,"
Juara Mr Ugly, mendapat hadiah bernilai 173 dollar AS 

Kemuncak acara pertandingan itu di adakan di Pagomo Height Leisure Centre di Beitbridge, sebuah kota di perbatasan dengan Afrika Selatan.

Menurut jawatankuasa, pada mulanya sekitar 15 orang mendaftar untuk memperebutkan gelar Mr Ugly. tetapi beberapa peserta menarik diri kerana merasa tidak yakin pada diri sendiri.

"Pada mulanya , pertandingan ini hanya untuk fun dan setiap tahun mendapat sambutan, maka ia diperbesarkan ," kata Lovemore Chonzi, jawatankuasa pertandingan.

Menurut The Herald, nilai Mbewe sangat tinggi. Ketika dia tampil di pentas, majority penonton menyokongnya dan yakin bahawa mahkota orang terhodoh adalah miliknya.

No comments:

Post a Comment