LANCASHIRE - Seorang lelaki berusia 61 tahun Andrew Castle sangat marah ketika isteri yang sudah dinikahinya selama 18 tahun memintanya bercerai. Andrew langsung menyiapkan kerusi eletrik buatan di garagenya dan mencuba membunuh isterinya.
Setelah dirinya mengetahui bahawa isterinya menuntut cerai, Castle memasang kerusi besi tersebut di garage rumahnya yang terletak di Lancashire, England. Lelaki itu pun memasang kabel, serta mengajak sang isteri duduk di kerusi tersebut.
Isteri Castel, Margaret mencuba untuk melawannya ketika dia duduk di kerusi tersebut. Namun Andrew berhasil memukulnya hingga hampir tak sedarkan diri.
Sebelum suaminya berhasil menekan tombol kerusi eletrik, Margaret pun terus melawan dan akhirnya mencuba lari.
Ketika perkelahian itu berpindah keluar rumah, tetangga yang melihat pertengkaran ini akhirnya memanggil polis.
Margaret mengalami cedera di kepalanya dan dirawat di rumah sakit. Sementara Suaminya dilaporkan mengalami luka pada bahagian pergelangan tangannya.
Castle pun mengakui dirinya melakukan percubaan pembunuhan berencana dan dihukum 10 tahun penjara.
Castle menyatakan, dirinya tidak dapat mengatasi perceraian. Ketika diselidiki, Castle ternyata menderita gangguan kompulsif obsesif, yakni penyakit kejiwaan yang membuat penderita menjadi cemas akan sesuatu dan melakukan sesuatu secara berlebihan.
Sementara itu, Margaret mendeskripsikan suaminya selalu mendominasi dan juga sangat mengatur.(rhs)
Sumber :international.okezone.com/
No comments:
Post a Comment