Saturday, July 9, 2011

TERKINI: ANUAR CEDERA DITEMBAK


Laporan Langsung
Dari Harakah Daily:
2.36 pm: Polis masih lagi menggempur peserta di kawasan Dataran Maybank Pudu. Peserta kini menuju ke Jalan Bukit Bintang.


Hujan lebat yang turun mengurangkan kesan gas pemedih mata.


2.30 pm: DS Anwar Ibrahim didakwa cedera terkena tembakan semasa berada di KL Sentral, sekarang brada di Hilton.
2.24 pm: Presiden PAS sedang menuju ke Dataran MayBank.


2.22 pm: Sebahagian peserta kini berlindung dalam bangunan stesen bas Pudu.


2.21 pm: Hampir 20 orang ditahan di Dataran Maybank selepas polis melepaskan gas pemedih mata.


2.06 pm: Peserta dari lebuh ampang sekitar 2000 kini memasuki Dataran Maybank.


2.03 pm: Menara MayBank - Polis sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.


Hujan mula turun renyai2, peserta turut disembur air water cannon.


2.00 pm: Polis memulakan proses mengejar dan menangkap peserta himpunan di Dataran Maybank.1.59 pm: Menara MayBank - Polis baru selesai memberi taklimat kepada anggota dan mengarahkan peserta ditangkap.


1.52 pm: Menara MayBank - Polis melepas tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.


1.47 pm: Mereka kini bergerak ke Masjid India selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.1.45 pm: Tren tidak lagi berhenti di Masjid Jamek. Kawasan Dataran Merdeka lengang sementara helikopter masih berlegar-legar di udara.


1.43 pm: Ambiga memaklumkan 10 anggota bersih akan pergi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.


1.42 pm: Difahamkan Polis mengerahkan 30 000 anggota bertugas untuk melumpuhkan Bersih 2.0


1.40 pm: Dr Hatta Ramli mengetuai peserta di Maybank, laungan hancur-hancur BN, hidup rakyat bergema.


1.33 pm: Dua kumpulan penyokong bergabung menjadi satu di kawasan Petaling Street.1.27 pm: Ambiga berkata, Bersih berterima kasih kpd PR kerana menyokong Bersih yang menerima berbagai tekanan dan ugutan dari Umno.


1.25 pm: Sidang akhbar Bersih sedang berjalan di Hilton Sentral. Hadir sama Tuan Guru Abdul Hadi, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Ambiga, Wan Azizah, Kamaruddin Jaffar, Syed Azman, Khalid Samad dan A. Samad Said.


Mereka melahirkan rasa kesal dan membantah tindakan keras kerajaan dan polis. Pak Samad berkata Sasterawan harus berada di tengah untuk membersihkan politik negara kearah demokrasi


1.20 pm: Jumlah tangkapan sehingga jam 12 tengah hari - 441 orang, 421 orang adalah lelaki dan 20 perempuan -PDRM
1.15 pm: Difahamkan seramai 9 orang peguam telah berjaya msk ke kawasan Stadium Merdeka dengan kerjasama polis.


12.54 pm: Dianggarkan 5 tembakan gas pemedih mata dilepaskan di Dataran Merdeka.


12.52 pm: Sedang berlaku kejar-mengejar antara polis dan orang ramai di Masjid Jamek.


12.50 pm: Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dibawa ke Balai Polis Jinjang.



No comments:

Post a Comment