Thursday, August 18, 2011

Ayah penggal kepala anak dan letak di tepi jalan


INILAH.COM, Louisiana – Seorang ayah tergamak membunuh anak kandungnya Jori Lirette , yang berusia tujuh tahun yang menghidap celebral palsy, dengan pisau daging.

Jeremiah Lee Wright (30) memenggal kepala Jori Lirette dan meletakkannya di tepi jalan, agar ibunda Jori, Jesslyn, boleh melihatnya. Tanpa sengaja, dilapor Mail Online, seorang penunggang motor melihat kepala itu dan melaporkannya kepada polis.

Detektif kemudian menemukan potongan tubuh Jori di tempat sampah, tak jauh dari kepalanya. Jeremiah khabarnya telah mengaku melakukan tindakan keji tersebut. Jori adalah penderita cacat yang harus menggunakan tube untuk makan dan duduk di kerusi roda.

Jeremian dikatakan mengaku membunuh Jori kerana dia telah sampai pada titik lelah merawat puteranya itu. Ketua polis  setempat, Scott Silverii mengatakan, Jeremiah sengaja meletakkan kepala itu agar Jesslyn melihat dan merasa bodoh.

Tempat kejadian perkara itu begitu buruk, hingga polis pun yang pertama kali datang ke situ harus menerima layanan konseling agar tidak trauma. Penyiasat  menyatakan, Jeremiah membunuh puteranya berdekatan  wastafel dapur di rumah mereka.

Tangan dan kaki Jori juga dipotong-potong dan dimasukkan ke dalam beg plastik. Pasukan forensik mengambil wastafel, sebagai barang bukti. Jeremiah dikatakan telah mengaku dan mahu diajak bekerja sama selama penyiasatan polis.

Jeremiah ditahan dengan jaminan US$5 juta dan boleh dihukum mati jika terbukti bersalah melakukan pembunuhan. Ketika kejadian, Jesslyn tidak ada di rumah kerana ia membawa keretanya ke bengkel.

Polis masih mencari motif sebenarnya, meski kerabat menyatakan Jeremiah kerap mengeluh mendengar suara-suara di kepalanya. Mereka bahkan meminta Jesslyn meninggalkan lelaki yang telah bersamanya selama 10 tahun itu.



No comments:

Post a Comment