MUARA TEBO - Seorang ayah hanya dikenali sebagai NR, 37 warga Desa Embacang Gedang, Kabupaten Tebo, tergamak merogol anaknya sendiri Melati (16), sehingga melahirkan seorang anak.
Kejadian ini terbongkar apabila Melati yang masih duduk di bangku kelas 5 SD ini pada tanggal 7 Ogos lalu, melahirkan anak dirumahnya tanpa ada suami. Hal ini membuat kecurigaan masyarakat setempat. Akhirnya Melati memberitahu , bahawa bapak dari anak yang dilahirkannya tersebut adalah bapak kandungnya sendiri yaitu NR.
Melihat keadaan ini masyarakat bersama mangsa dan ibunya melaporkan kejadian tersebut kepada Polis Muara Tabir. Dari keterangan mangsa, dia digauli oleh ayahnya sebanyak empat kali, tetapi dia tidak ingat lagi bila perkara itu terjadi.
Pertama kali berlaku dirumahnya sendiri, ketika itu ibu mangsa berada diladang . Ketika itu mangsa baru selesai mandi, bapanya terus merayu mangsa dan dibawa ke dalam bilik.
“Baru kelmarin dilaporkan kepada polis, sementara bapanya telah melarikan diri sebelum anaknya melahirkan,” jelas polis
No comments:
Post a Comment