![]() |
| kasut chen yurong |
Sangat sukar untuk tetap hidup sihat . Tapi bagaimana jika kehidupan seseorang yang anda cintai bergantung kepada anda?
Chen Yurong, seorang wanita 55 tahun dari China, menerima beberapa khabar buruk 18 tahun lalu: anak satu-satunya, Ye Haibin, telah terkena penyakit hati. Anaknya berhasil mengatasi penyakit tersebut baru-baru ini, tetapi pada tahun 2008, dia diberitahu bahawa jika dia tidak segera menerima transplantasi, dia akan mati dalam beberapa tahun lagi.
Chen kemudian memutuskan bahawa dia akan menyumbangkan sebahagian dari hatinya untuk menyelamatkan hidup anaknya itu. Tetapi ketika dia pergi
kepada doktor untuk ujian fizikal dan kesihatan, dia mendapat khabar buruk.
"Kami menemukan dia punya hati berlemak, yang tidak ideal untuk operasi pemindahan," kata doktor Chen, Chen Xiaoping, CRI.
Setelah bersusah payah akhirnya doktor memberi solusi (petua untuk mencairkan lemak )kepada Chen, agar Ia berjalan sejauh 2,000 km untuk menyihatkan kembali hatinya agar boleh di transpalasikan ke hati anaknya yang sedang sakit. Ia mulai mengambil 10 kilometer (6.2 batu) berjalan setiap hari dan baru menyelesaikannya pada hari ke 211. atau setara dengan 2000 Km
Setelah tujuh bulan berjalan, doktor Chen mengatakan bahawa hatinya sekarang cukup sihat untuk di sumbangkan pada anaknya yang sedang sakit. Pembedahan berlangsung tanpa halangan, dan anak Chen sekarang sihat, untuk pertama kalinya dalam bertahun-tahun terbaring di tempat tidur.
![]() |
| chen Yurong dan anaknya |
Ketika aku sedang berjalan, aku selalu merasa tubuhku terbalik," kata Chen. "Kadang-kadang aku harus berhenti untuk sementara waktu. Beberapa orang mengatakan kepada aku untuk menyerah,tapi aku tahu aku harus melanjutkan. Jika aku berhenti, hati aku tidak akan sihat dan anak aku tidak akan sembuh. Aku hanya punya satu anak dan aku akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan nyawanya tidak peduli seberapa kuat. "
http://gimundo.com


No comments:
Post a Comment