Louisiana - CODY Melancon mengajukan tuntutan mahkamah terhadap polis Gretna, di Louisiana, Amerika Syarikat . Dia menyatakan polis telah melanggar hak sivilnya ketika mereka melepaskan seekor anjing polis kepada dirinya tanpa alasan.
Menurut peguam Melancon, Roger Kitchens, serangan anjing K-9, bernama Zin, itu mengakibatkan 66 peratus kemaluan kliennya cedera parah.
Melancon bahkan mengatakan serangan itu telah membuat dia mengalami disfungsi seks(tak berfungsi ). Sebab itu, dia menuntut 31 juta dolar atas segala kerugian yang dia alami.
“Saya sangat terkejut. Saya tidak boleh melakukan apa pun kerana ini sangat sakit,” kata Melancon, seperti laporan WDSU News, Khamis 11 Ogos 2011.
Sebelumnya, petugas polis Gretna, Roland Kindell dan Joseph Mekdessie, diberi tugas dengan surat perintah untuk menangkap Melancon di apartmentnya, atas tuduhan mencuri dan memukul.
Tunangan Melancon, Ashley Braxton, bersama dua anak mereka berada di apartment ketika penangkapan terjadi. Menurut laporan polis, Braxton berbohong kepada polis dengan mengatakan Melancon tidak ada di apartment.
Mekdessie mendapati ada gerakan di belakang apartment dan lantas melepas Zin, anjing K-9 itu. Melancon dipercayai lari ke belakang apartment. Dan Zin pun menyerang Melacon. Kebetulan, gigitan anjing itu jauh lebih buruk daripada gonggongannya.
Melacon segera dikejarkan ke hospital. Duapertiga kemaluannya dibedah untuk disatukan kembali. Kemudian, dia dibawa ke LP Jefferson Parish kerana beberapa tuduhan, termasuk melawan petugas polis.
Kitchens menuduh laporan polis itu tidak benar. Apartment kliennya tidak memiliki pintu belakang atau jendela.
Melancon mengatakan, polis tidak meminta anjing itu berhenti, tapi malah menarik anjing itu, sehingga anjing itu mengambil gigitan lebih besar dari kemaluannya.
"Saya tidak boleh ereksi sekarang. Saya 25 tahun,” katanya sedih.
Melancon kini mencari keadilan, dan tentu saja fungsi seksnya sudah hilang.
No comments:
Post a Comment