15 Ogos
COLOMBO - Wilayah pinggiran Sri Lanka, menjadi kelamkabut dan panik kerana meninggalnya tiga penduduk yang diperayai dilakukan oleh "Grease Devil/Kolor Ijo".
"Kolor Ijo" dikenali dahulunya sebagai pencuri yang menggunakan seluar dalam dan melumur tubuhnya dengan menggunakan minyak agar dia sukar ditangkap. Tapi sekarang "Kolor Ijo" telah menjadi pemangsa di malam hari yang menakutkan dan menyerang kaum wanita.
"Cerita yang kami dengar adalah dia datang dan menggigit leher dan dada para wanita muda. Meskipun sudah banyak keluhan, tapi polis masih belum bertindak, polis malah melepaskan orang yang dicurigai pelakunya," kata seorang penjual tiket yang tidak mau dikenali.
Pada Jumaat lalu, polis terpaksa harus membubarkan masa dengan gas pemedih mata, penduduk meminta empat lelaki yang ditahan yang dituduh sebagai "Kolor Ijo" agar dilepaskan untuk mereka hukum bersama-sama.
Kini ppenduduk di situ berjaga-jaga pada malam hari dengan bersenjatakan diri mereka sendiri, dan kaum wanita tinggal di dalam rumah.
Seperti laporan Reuters, pada 15 Ogos, pada Selasa kelmarin kira-kira enam orang termasuk dua anggota polis cedera kerana dihentam penduduk. Penduduk marah kerana polis membebaskan seorang pelaku yang dipercayai adalah Kolor Ijo .
sumber : okezone.com
No comments:
Post a Comment