KUBA - Wendy dan Ignacio sudah bersedia untuk berkahwin.semua persiapan dah dibuat. Masalahnya.... sayang seribu kali sayang, si wanitanya adalah seorang transgender (tukar jantina)dan perkahwanan ini sama sekali dilarang di Kuba.
Wendy melakukan bembedahan tukar kelamin pada tahun 2007 dan berubah menjadi seorang wanita. Sebelum tahun 2008, melakukan pembedahan tukar jantina tidak dibenarkan di Kuba, jadi Wendy terpaksa mengubah identitinya di negara lain.
Seperti laporan BBC pada 12 Ogos, pada tahun 1959, homoseksual sangatlah dilarang di Kuba dan dianggap perbuatan jenayah, kerana dianggap sebagai produk kapitalis. Lelaki dan wanita yang didapati berhubungan sesama jenis akan dihukum dengan menjadi pekerja buruh paksa tanpa melalui perbicaraan.
Namun aturan ini mulai memudar, seiring dengan pernyataan yang dilontarkan oleh Presiden Fidel Castro pada waktu lalu, yang mengatakan bahawa "Homoseksual merupakan aspek alami dan kecenderungan menjadi umat manusia."
Hingga kini masih belum dapat dipastikan adakah pasangan romantik ini nantinya menjadi pasangan gay pertama di Kuba yang akan berkahwin. Ketika ini, pasangan tersebut masih menunggu persetujuan dari mahkamah setempat.
No comments:
Post a Comment