Saturday, September 24, 2011

Manusia Berdarah Hijau Memang Sebenarnya Ujud

Manusia berdarah hijau itu memang benar-benar ujud   dan ternyata juga terdapat beberapa jenis binatang yang berdarah hijau seperti jenis katak dari Kamboja dan serangga. Darah hijau binatang ini kerana darahnya tidak berfungsi membawa oksigen kerana tidak memerlukan hemoglobin. Darah warna hijau di dalam dunia medis memang boleh terjadi dan di dunia medis itu dikenal dengan sebutan sulfhemoglobinaemia (SulfHb) yang merupakan turunan warna dari hemoglobin dan sulit untuk kembali normal.

Orang berdarah berwarna hijau ditemukan pada Jun  2007 oleh tim doktor anestesi Dr. Stephan Schwarz, Dr. Giuseppe Del Vicario dan Dr. Alana Flexman di Kanada. Ketika itu para doktor dalam satu tim ini sedang melakukan operasi di rumah sakit Vancouver St. Paul terhadap seorang lelaki berusia 42 tahun yang masuk ke rumah sakit kerana terjatuh. Para doktor tersebut sangat terkejut ketika pada sayatan pertama pada kaki pesakit itu, darah yang dikeluarkan nya adalah darah yang berwarna hijau gelap bukan warna merah seperti manusia pada normalnya.



Para doktor mengadakan penelusuran ke riwayat medis pesakit itu dan hasil penemuan menyatakan bahawa dia ternyata sering makan ubat sumatriptan dalam dos  besar atau 200 miligram setiap harinya untuk mengubati sakit kepala migrainnya. Ubat-ubatan sumatriptan adalah termasuk dalam golongan sulfonamides (sulfur), merupakan ubat yang mengandung senyawa belerang. Kerana kandungan senyawa belerang inilah yang menyebabkan terjadinya kondisi luar biasa yang disebut dengan sulfhaemoglobinaemia, yaitu belerang yang ada di tubuh bergabung dengan oksigen yang membawa senyawa hemoglobin di dalam sel darah merah.

Sumber : Vivaforum

No comments:

Post a Comment