Saturday, September 24, 2011

pesakit Mati di Meja Bedah Kerana Doktor Lari

Ilustrasi : Daily Mail
Ilustrasi : Daily Mail
BEIJING - Seorang lelaki di China maut di meja pembedahan ketika  doktor melarikan diri, setelah mengetahui adanya kebakaran di ruangan yang terletak di samping ruang operasi.

Lelaki berusia 50 tahun itu maut   kerana ditinggalkan selama 30 minit ketika menjalani amputasi di kakinya di Rumah Saki Shanghai No.3.

Seorang jururawat mencuba memadamkan kebakaran  yang disebabkan oleh terbakarnya mesin desinfektan dan gagal. Para staf rumah sakit terus menghampiri  pesakit  dan melaporkan kebakaran.

"Eletrik  mati dan semuanya terbengkalai," ujar juru cakap rumah sakit Hu Yuan, seperti dikutip Associated Press.

Para petugas pemadam kebakaran melarang sang doktor kembali ke ruang bedah, dan  ketika  para staf sampai di ruang pembedahan, pesakit  itu sudah meninggal dunia  kerana terhidu asap.

Hu juga menambahkan, para doktor dan jururawat di rumah sakit itu sedang disiasat polis.

Pihak rumah sakit pun mulai mendiskusikan pembayaran gantirugi terhadap keluarga pesakit yang maut tersebut, namun Hu menolak untuk menyatakan berapa jumlah gantirugi yang akan dibayarkan oleh pihak rumah sakit.(rhs)

No comments:

Post a Comment