Katia Maria Davis
Seorang wanita kena berurusan dengan polis setelah terbongkar rahsianya meniduri kawan-kawan anaknya di pasukan olahraga hoki. Demikian dipetik OC Register, Selasa (20/9/2011).Wanita itu, Katia Maria Davis, berumur 44 tahun, berasal dari Laguna Niguel, Orange County, California, Amerika Syarikat, ditangkap Rabu bulan lalu kerana disyaki melakukan hubungan seks dengan dua anggota pasukan hoki Beach City Lightning, tempat anaknya bermain.
Dua anggota pasukan itu masing-masing berumur di bawah 16 tahun dan satunya lagi berumur 16 tahun. Insiden itu terjadi sekitar enam tahun lalu. Rahsia itu terbongkar setelah mangsa pertama yang kini berusia 20 tahun mengatakan kepada ibunya yang dirinya melakukan hubungan seks dengan ibu temannya tersebut.
"Kami menerima laporan bahawa ia (Davis, Red) menyelenggarakan pesta bagi pasukan hoki dan kemudian memberikan mereka alkohol," demikian disampaikan juru cakap Orange County Sheriff, Jim Amormino.
* Sumber Tribunnews

No comments:
Post a Comment