Saturday, October 29, 2011

Abby Abadi ‘Kecewa’ Lagi

Percintaan dengan Zul Ariffin terputus lagi
Setelah menyepikan diri akibat dilanda tekanan sejak akhir-akhir ini, pelakon wanita terkenal, Abby Abadi mengaku putus cinta dengan Zul Ariffin, pelakon lelaki yang pernah berganding dengannya di dalam drama bersiri popular, Gerak Khas.

Menurut Abby, meskipun dia sangat menyayangi Zul, hubungan antara mereka terpaksa berakhir dengan perpisahan atas beberapa sebab yang enggan dijelaskan.

“Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg.
“Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada :) Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. :(,” kata Abby di blog rasminya, absolulutelyabbyabadi.blogspot.com.

Menceritakan mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki kacak itu, Abby memberitahu bahawa dia mula rapat dengan Zul sejak tiga tahun lepas selepas berpisah dengan bekas suaminya, Norman Hakim, yang ditangkap basah dengan pelakon baru, Memey, ketika itu.


Menulis mengenai kenangan awal perkenalan mereka itu, Abby tidak dapat menafikan bahawa Zul mendapat banyak sokongan darinya sehingga pada satu ketika bekas teman lelakinya itu pernah dikenali sebagai “Zul Abby”.
“Walaupun mgkn kalau tiada Sy pun, dia buleh dpt apa yg dia nk, tp dah tertulis…. kehadiran dia dlm industri ini mmg awalnya dikenali dgn nama ‘Zul Abby’,” cerita Abby lagi.
Pada Abby, Zul memang punya potensi besar di dalam bidang lakonan dan mengaku bahawa dia merupakan peminat setia pelakon kacak tersebut.

“Ikhlas dr hati, sememangnya Zul berbakat besar, sgt ‘cepat belajar’ & lakonannya, Sy sendiripun ‘rasa’ & ‘suka’. Byk dah drama2 lakonan dia yg mendapat perhatian.  Ye kan?  Sy peminat setia ‘Zul Ariffin’ skrg,” tambahnya lagi.
Bagaimanapun, di sebalik kesedihan atas ‘kehilangan’ itu Abby masih mendoakan agar Zul bahagia dengan hidupnya dan tidak segan silu untuk mencari bekas penyanyi kumpulan Elite itu sekiranya punya sebarang masalah pada masa akan datang.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

No comments:

Post a Comment