Tuesday, October 18, 2011

Isteri Gunting Burung Suami Kerana Curang

gambar hiasan

Seorang wanita berasal Vietnam, 30 tahun, yang hanya dikenali sebagai Pan tergamak memotong alat kelamin   suaminya dengan gunting dan membuangnya ke dalam sungai setelah diketahui  suaminya berselingkuh dan menyakitinya. Demikian dilansir Polis Taiwan dan dikutip AFP, pada (7/10/2011).

Wanita itu memotong penis suami hingga setengah bahagian di rumah mereka yang terletak di  selatan Kota Tainan setelah makan ubat terlarang dan tertidur.

Wanita itu  kemudian  membuang penis   suaminya ke dalam sungai . "Dia sudah ditahan polis," demikian disampaikan seorang pegawai polis.

Perempuan ini mengaku bersalah   atas apa yang dilakukan terhadap   suaminya yang lebih tua 29 tahun ini.
Polis mengatakan, dalam pengakuannya, wanita itu mengaku sering dipukul meskipun ia bekerja di sebuah pusat karaoke untuk membiayai keperluan hidup sejak mereka berkahwin dua tahun  dulu. Sang suami berkebangsaan Taiwan dan tak memiliki pekerjaan, kemudian berselingkuh dan tak menyembunyikan rahsia yang  ia curang.

Jika terbukti bersalah maka dia menghadapi tuntutan 12 tahun penjara.

No comments:

Post a Comment