Monday, October 3, 2011
Selama 10 Tahun Berasmara Baru Tahu Yang Mereka Adalah Pasangan Sejenis - Kes Nanya
LONDON - Malang sekali nasib Nicole Lindsay. Janda dengan dua orang anak ini telah tertipu selama 10 tahun menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang ternyata berjenis kelamin wanita.
Nicole baru mengetahui bahawa Lee, lelaki yang dia anggap sebagai kekasih hatinya adalah seorang wanita, sejak Lee ditangkap polis pada 21 September yang lalu. Berdasarkan keterangan polis , Lee sebenarnya bernama Samantha Brooks.
Lee ditangkap oleh pihak polis dengan tuduhan penipuan seks terhadap Nicole dan bekas pacarnya yang lain, serta dua tuduhan kes pemerkosaan.
"Penipuan yang Lee lakukan terhadap saya dan seluruh keluarga saya seperti mimpi buruk dan benar-benar menyakitkan," ujar Nicole seperti dilansir Daily Mail, Senin (3/10/2011).
Nicole pertama kali mengenal Lee pada tahun 2001, ketika itu Nicole masih berusia 14 tahun. Tetapi mereka tidak bertemu hingga tahun 2006, di mana pada ketika itu Nicole menjadi ibu tunggal dari seorang bayi yang berusia 18 bulan.
Mereka pun menjalin hubungan jarak jauh sejak 2006. Hanya sesekali pada saat akhir minggu mereka bertemu, sebelum pada tahun 2007 Samantha ditangkap polis dengan tuduhan kes pedofilia.
"Saya tidak pernah menganggap perilaku Lee terlalu buruk. Saya boleh mengerti segala keadaannya," ujar Nicole.
Tetapi Nicole tidak mengetahui bahawa sebelumnya Samantha pernah dipenjara selama 18 bulan oleh Mahkamah Isleworth Crown Court kerana kes kejahatan seksual terhadap gadis berumur 14 tahun dan telah tercatat pelaku kejahatan seksual sejak 10 tahun yang lalu.
Setelah dikeluarkan dari penjara 2006 lalu, Samantha bertemu dengan Nicole dan menjalin hubungan. Mereka berdua bahkan telah merencanakan untuk menikah pada Mac 2010.
Tetapi keluarga Nicole tidak menyetujui kerana telah menaruh curiga terhadap identiti Samantha yang sebenarnya. Keluarga Nicole curiga kerana Samantha yang mengaku dirinya adalah lelaki, tetapi tidak memiliki jakun dan rambut di wajah.
"Saya tidak percaya dia seorang wanita. Kita telah melakukan hubungan seks beberapa kali, dan saya baru tahu kalau ternyata dia menyembunyikan sesuatu," ujar Nicole yang bertempat tinggal di Glasgow.
Selama berhubungan seks, Samantha yang merupakan warga Uxbridge, wilayah utara London beralasan bahawa dirinya tidak percaya diri untuk menanggalkan seluruh busananya setelah dia menjalani operasi kanser pada kelamin laki-lakinya. Samantha pun beralasan bahawa dadanya yang selalu ditempeli plester adalah bekas payudara yang telah dia hilangkan.(rhs)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment