Sunday, October 23, 2011

Siti Aishah Trauma , Diganggu Bekas Kekasih

myMetro
23 Oktober 11

TERANIAYA... Siti Aisyah menunjukkan salinan laporan polis serta salinan artikel blog yang memfitnahnya.
TERANIAYA... Siti Aisyah menunjukkan salinan laporan polis serta salinan artikel blog yang memfitnahnya.

SUBANG JAYA: Akibat tidak dapat menerima kenyataan cintanya ditolak, seorang pakar teknologi maklumat (IT) sanggup memasang niat mahu memusnahkan kerjaya dan keluarga pramugari yang digilainya sejak zaman persekolahan dulu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bukan sekadar menggodam dan mengubah suai laman sosial milik mangsa, malah turut memasang perangkap bagi memastikan pramugari berkenaan ditangkap khalwat dengan tunang yang kini suaminya.

Perbuatan lelaki itu yang sanggup melakukan apa saja bagi memastikan niat jahatnya tercapai, membuatkan wanita terbabit trauma dan ketakutan sejak 10 bulan lalu sehingga terpaksa menumpang di kediaman kakak di sini setiap kali bercuti.

Menceritakan kembali apa yang berlaku, pramugari itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Aisyah, 35, berkata dia mengenali bekas teman lelakinya sejak zaman persekolahan sebelum mereka bertemu semula kira-kira dua tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius.


“Namun, hubungan itu putus kerana saya tidak tahan dengan sikapnya yang cemburu buta dan panas baran, sehinggakan anak saya yang berusia lapan tahun hasil perkahwinan terdahulu ditampar disebabkan saya menumpukan perhatian terhadap anak setiap kali saya bercuti.

“Saya kemudiannya berkenalan dengan seorang pegawai kanan kerajaan ketika berada di luar negara dan kami mengambil keputusan berkahwin, Julai lalu. Bermula dari situ, bekas teman lelaki saya tidak dapat menerima kenyataan dan melakukan pelbagai perbuatan untuk mengaibkan saya,” katanya yang ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment