Monday, November 7, 2011

BAYI DIBUANG KERANA DISANGKA TELAH MENINGGAL DUNIA


Sebuah hospital di China menghukum empat orang pegawai perubatan setelah membuang bayi yang masih dalam keadaan bernafas. Keempat pegawai perubatan tersebut salah melakukan diagnosis dengan mencatat bahawa bayi itu sudah meninggal. 
Pihak Pejabat Kesihatan Wilayah Guangdong ketika ini melakukan penyiaasatan dari insiden yang berlaku pada 26 Oktober lalu di Hospital Palang Merah Nanhai di Foshan. Kejadian ini bermula ketika Liu Dongmei, seorang ibu yang tengah hamil lapan bulan dilarikan ke hospital itu kerana mengalami pendarahan. 
Perempuan itu pun terpaksa melahirkan anaknya secara kecemasan. Ketika bayi Liu lahir, perubatan melihat bayi tersebut tidak bernafas ataupun menangis. Saat sudah keluar dari perut ibunya, keadaan bayi itu pun sudah membiru. Yakin bahawa bayi tersebut sudah tidak bernyawa lagi, pasukan perubatan pun dikhabarkan membuang bayi tersebut tanpa melalui prosedur hospital. 
Ketika adik ipar Liu meminta jasad bayi tersebut 30 minit selepas dilahirkan, ternyata bayinya masih hidup. “Saya buka plastik yang menutupnya dan melihat tangan dan kaki bayi itu bergerak-gerak. Sementara perutnya pun naik turut, serta gelombang udara keluar dari mulutnya,” kata adir ipar Liu. 
Satu hal lagi yang membuatnya terkejut adalah, bayi itu ternyata berjenis kelamin lelaki bukan perempuan yang diutarakan oleh pihak hospital sebelumnya. Menurut keterangan media tempatan, para jururawat sengaja mengatakan bayi itu perempuan dengan maksud menutup kesalahan mereka. 
Berikutan penemuan tersebut, bayi yang baru lahir tersebut langsung dilarikan ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan. Bayi tersebut ketika  ini dikhabarkan dalam keadaan stabil.
di kutip dari : http://www.klikunic.com/

No comments:

Post a Comment