Wednesday, November 9, 2011

Bongkar misteri ‘lembaga hitam’

RABU, 9 NOVEMBER 2011



GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk
 menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan 
mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak 
perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun
 menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan
 di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya 
menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.

Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan
 rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.

Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali
 lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

No comments:

Post a Comment