Seorang budak perempuan yang pernah dikahwinkan ketika berumur lapan tahun, Nojoud Ali telah menulis sebuah buku mengenai pengalamannya.
Nojoud yang berasal dari Yemen dan kini berusia 11 tahun dikahwinkan dengan seorang lelaki berumur 29 tahun oleh bapanya, Mohammad Ali Al-Ahdal di Yemen.
Lelaki itu memberikan alasan dia terpaksa mengahwinkan anak perempuannya itu kerana diugut supaya berbuat demikian oleh bakal keluarga besannya.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka dibatalkan oleh mahkamah negara itu tahun lalu manakala Nojoud dan adik perempuannya yang berusia lapan tahun mendapat bantuan kewangan daripada aktivis hak asasi manusia untuk bersekolah di Perancis.
Ketika mempromosikan bukunya di Paris, Nojoud yang kini seorang janda, berkata, sewaktu berkahwin dia sering dipukul oleh suaminya.
“Saya mahu kembali ke sekolah untuk menjadi seorang peguam dan membantu wanita yang senasib dengan saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment