15 NOVEMBER 2011
Bina surau dalam kompleks beli belah
Pembinaan Kompleks Aman Central di atas tapak madrasah mendapat persetujuan
dari Maik dan Majlis Fatwa negeri.
PETALING JAYA: Madrasah Solihiah yang terletak di atas sebidang tanah
wakaf di Kanchut didapati tidak lagi mempunyai qariah dan ia akan diganti
dengan projek yang lebih bermanfaat kepada masyarakat sekitar kawasan
terbabit.
Selain itu, penyelidikan kerajaan negeri juga mendapati madrasah tersebut
ketika ini hanya digunakan oleh beberapa pekerja di syarikat berdekatan
untuk bersembahyang Zohor dan Asar sahaja.
“Dia begini, surau ni kita pun dah kaji, dulu surau ni memanglah
kawasan perkampungan, tetapi sekarang dah tak ada orang dah.
Surau itu dia dah tak ada qariahnya, kalau dulu-dulu adalah qariahnya,
tetapi sekarang dah tak ada kampung sebab penduduk dah berhijrah.
“Sekarang orang yang bersembahyang di situ cuma pekerja di syarikat
takaful yang pejabatnya dekat situ. Yang ada orang bersembahyang
jemaah di situ hanyalah waktu Zohor dan Asar sahaja, itu pun dua
orang sahaja.
“kita ada datang ambil gambar dan tengok Maghrib tak ada orang,
Isyak tak ada, Subuh pun tak ada,” demikian menurut Menteri Besar Kedah,
Datuk Seri Azizan Abd Razak.
Kompleks Aman Central
Beliau turut memberitahu, pembinaan Kompleks Aman Central di atas tapak
madrasah berkenaan telah pun mendapat persetujuan daripada Majlis Agama
Islam Kedah (Maik) dan Majlis Fatwa negeri itu dan pampasan bernilai
RM1.48 juta telah pun dibayar kepada Maik.
“Jawatankuasa Majlis Fatwa sendiri yang meminta supaya surau ini dibina
dalam kompleks berkenaan dengan imej surau yang boleh dilihat dari luar.
“Kalau kita salah, takkan Majlis Agama nak terima duit pampasan. Majlis
Agama agensi yang bertanggungjawab atas semua tanah masjid, wakaf.
Dia dah terima pampasan RM1.48 juta dan maknanya dia dah setuju,
Majlis Fatwa kata okey.
“Majlis Fatwa dah bagi dia punya ‘consent’ tetapi tak tahu la pulak fatwa
lain mana pula yang baru keluar dari tepi jalan ni,” kata beliau dipercayai
menyentuh protes yang dilakukan oleh beberapa pihak dalam isu ini.
Azizan memberitahu wartawan dalam Majlis Pecah Tanah Aman Central
di Kanchut, Kedah semalam, surau yang akan dibina itu boleh memuatkan
seramai 400 jemaah dalam satu masa dan sembahyang Jumaat boleh
diadakan di situ.
“Kita nampak ini akan menolong orang Islam lagi dengan bila datang
beli barang, tak payah tergesa-gesa, boleh pergi sembahyang dengan
keluarga dia.
“Surau baru ni luasnya 2,600 kaki persegi, boleh isi 400 jemaah, boleh
buat sembahyang Jumaat kecuali kalau roboh tak buat apa, tak ada
kemudahan apa,” katanya.
Surau yang akan dibina di kompleks membeli belah itu juga akan dibina
bagi membolehkan orang ramai memasuki surau itu tanpa perlu memasuki
bangunan utama kompleks berkenaan.
“Kalau ikut pelan asal dari pihak pemaju, surau ni dibina di tingkat tiga
seperti juga kompleks beli belah yang lain.
“Tetapi atas permintaan Jawatankuasa Fatwa semasa kita buat penerangan,
mereka minta supaya dibuat di bangunan yang sama tetapi di tingkat
bawah dan dari luar nampak bentuk, imej sebagai surau.
“Jadi maknyanya kita tak perlu masuk membeli-belah untuk pergi sembahyang
situ (kerana) sambil-sambil pergi jalan di luar tu, boleh nampak, boleh masuk
walaupun daripada luar pun terus boleh masuk,” menurut beliau lagi.
Menurut Azizan, menggunakan tanah wakaf dan menggantikannya kepada
sesuatu yang lebih bermanfaat bukanlah suatu perkara yang baru dan ianya dibolehkan.
“Konsep wakaf ni, kalau kita tukar ia kepada yang lebih baik, maka ia
dibenarkan, tak tahulah saya kalau ada yang baca kitab yang lain.
“Banyak tempat termasuk di Arab Saudi, berapa jauh di Mekah ada tanah
wakaf dibina surau dalam kompleks tetapi di Mekah tak jadi isu dan kalau
salah tentu Majlis Fatwa tak benar,” ujar beliau lagi.

sumber : kedahkini
No comments:
Post a Comment