November 11, 2011
Menjual anak perempuan yang memasuki usia akil baligh ke pelacuran menjadi cerita jamak di Daerah Bharatpur, India. Bahkan, ia menjadi sebahagian tradisi masyarakat tempatan yang bertanda upacara menyambut masa akil baligh: Nathni Utarna.
Upacara itu menjadi tanda bahawa seorang gadis sudah siap untuk dihantar ke dalam kancah perdagangan seks. Siap tidur dengan pelanggan pertamanya. Masyarakat tak melihat ada yang salah apabila seorang ayah membawa anak gadisnya ke dalam perniagaan seks.
Begitu pula saat seorang pemuda membawa adiknya ke tempat pelacuran. Mereka hanya melihatnya sebagai tradisi turun-temurun. Tradisi itu bermula dari budaya devdasi, yang ertinya persembahan untuk Tuhan.
Anak-anak perempuan didedikasikan sebagai pekerja seksual atas nama agama. Hanya, tradisi yang mulanya wujud persembahan keagamaan ini telah menjelma menjadi ladang perniagaan yang menjanjikan kehidupan yang lebih sempurna.
Sebuah institusi sosial terus berusaha untuk menghapuskan tradisi tersebut. “Ramai wanita di pusat pemulihan memastikan bahawa anak-anak perempuan di keluarga mereka tak meneruskan tradisi ini,” ujar Anil Kapoor, salah satu aktivis Plan India, kepada CNN .
“Sebuah langkah kecil, tapi arahnya adalah betul. Tukar pola pemikiran wanita adalah kuncinya”ujarnya. “Sekarang, ketika wanita-wanita sudah mempunyai pendirian sendiri melawan pelacuran, saya optimis tradisi itu boleh ditamatkan.”
Plan India fokus kepada anak-anak perempuan yang belum terjerumus ke dalam dunia pelacuran. Sebab, mereka yang sudah terlanjur masuk ke dalam perniagaan tersebut umumnya sukar melepaskan diri kerana terikat pendapatan yang menjanjikan kehidupan yang lebih sempurna.
sumber:ulanweblog.com
No comments:
Post a Comment