Jumaat, 25 November 2011
Ita Lismawati F. Malau REN TV yang dimiliki rakan Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin ini menilai perbuatan pegawainya itu memalukan, tak dapat diterima, dan tidak profesional.
Dalam pernyataan pers, REN TV mengungkapkan tindakan yang bersangkutan terjadi pada 14 November lalu di program 'News 24.' Presenter ini menunjukkan gestur yang tidak boleh diterima dengan mengacungkan jari tengahnya ketika siaran langsung.
Dalam kebudayaan Barat, pengacungan jari tengah dianggap sebuah bentuk hinaan. Biasanya, jari tengah diacungkan oleh orang yang sedang marah, sambil mengucapkan kata-kata kasar.
Stesyen televisyen yang ditonton 120 juta penduduk Rusia ini mengklaim bahawa 'jari tengah' penyiar itu sebenarnya ditujukan kepada rakan sekerjanya, bukan Barack Obama.
"(Jari tengah) itu tidak berkaitan dengan berita yang dibacakan Limanova ketika itu," demikian siaran pers REN TV seperti dikutip dari laman The Telegraph.
Meski demikian, REN TV mengaku tidak punya pilihan lain selain memecat sang presenter cantik ini.
Sumber dekat REN TV menyebutkan stesyen televisyen ini mencuba meredakan skandal ini dengan mengklaim si penyiar tak sedar jika dia masih terakam kamera. Penyiar tersebut memberikan jari tengahnya untuk juru teknik studio yang sedang mengajaknya bercanda. (umi)
sumber : VIVAnews
No comments:
Post a Comment