Saturday, December 3, 2011

Kanak-kanak Ini Dibunuh Kerana Punya Nama Sama Dengan Keluarga Berkasta Tinggi

Neeraj Kumar
Tragis : Neeraj Kumar dibunuh hanya kerana namanya yang sama dengan orang berkasta lebih tinggi (BBC)

Seorang kanak-kanak lelaki dari kasta rendah, Dalit, mati dibunuh di Uttar Pradesh, negara bahagian utara India, hanya kerana ia mempunyai nama yang sama dengan anak dari kasta yang lebih tinggi.

Menurut pihak polis yang dikutip oleh BBC, ayah Neeraj Kumar yaitu Ram Sumer telah diminta untuk mengubah nama kedua puteranya, sebab nama mereka sama dengan putera Jawahar Chaudhary yang mempunyai kasta yang lebih tinggi.

Tubuh tak bernyawa Neeraj (14) ditemukan di sebuah lapangan pada 23 November lalu. Serta dua teman dari keluarga Chaudhary ditangkap terkait pembunuhan ini.

Namun, Chaudhary membantah kepada polis bahawa keluarganya terlibat dalam pembunuhan kanak-kanak tersebut.

Dalit, merupakan suatu kasta yang sebelumnya dikenal sebagai “paria”, dan berada di urutan paling bawah dalam sistem kasta Hindu. Meskipun diskriminasi kasta adalah ilegal, namun hal tersebut tetap terjadi di banyak daerah di India.

Diketahui, Insiden tersebut terjadi di desa Radhaupur, kabupaten Basti. Dimana Ram Sumer dan Jawahar Chaudhary keduanya memiliki putera bernama Neeraj dan Dheeraj, dan telah lama menjadi isu antara kedua keluarga ini, tutur Sub-Inspektur Praveen Kumar.

Menurut Kumar, kerana termasuk kasta yang lebih tinggi Chaudhary, telah memberikan beberapa kali ancaman kepada Sumer, agar ia segera menukar nama kedua anak laki-lakinya.

Perselisihan ini berakhir tragis, dimana ketika Neeraj meninggalkan rumah untuk menonton televisyen di rumah temannya selepas makan malam pada 22 November, kanak-kanak itu  tidak kembali ke rumahnya dan mayatnya ditemui keesokan harinya. Dan menurut penyiasatan  polis , Neeraj meninggal kerana dicekik.
Manado Today

No comments:

Post a Comment