Seorang lelaki diburu kerana memberi makan kucing pada seekor Ular Piton
December 4, 2011, 0:35
Seorang pemilik haiwan peliharaan sedang dalam buruan para polis , yang dengan kejamnya memfilemkan dia sedang memberi makan anak kucing kepada seekor ular sawa.Video keji, yang diberi judul Python Christmas, menunjukkan seorang lelaki berumur 20-an membawa anak kucing yang ia panggil sebagai Jasmine ke kamar tidur dengan topi Santa, dan kemudian menempatkannya diatas katil.





Seekor ular sawa Burma berwarna kuning keluar dengan tubuh setengah tersembunyi keluar dari bawah bantal. ia merupakan salah seekor ular terbesar di dunia.
Jasmine terlihat waspada dan perlahan berjalan melintasi tempat tidur, namun ketika pemuda tersebut mengalihkan perhatiannya, sang ular langsung menerkam kucing malang tersebut.
Ular itu membelit anak kucing lucu itu dalam lilitannya yang kuat dan kemudian menelannya.
Pada akhir rakaman berdurasi tujuh minit ini dibimbangi ada rakaman mengerikan lain, dari pemuda ini.



Jika ia sampai tertangkap, pemuda itu akan terancam dipenjara selama enam bulan dan denda 20.000 poundsterling kerana melakukan penyiksaan terhadap haiwan, sebagaimana diatur dalam Undang-Undang Kesejahteraan Haiwan England.
Di antara sedikit petunjuk terhadap identiti pemuda ini adalah bahawa dia seorang penggemar filem Disney Aladdin.
‘Tidak ada alasan untuk memberi makan kucing hidup untuk ular piton.” tutur seorang juru cakap RSPCA.
“Kucing ini mungkin berusia tidak lebih dari empat bulan. Ia tidak memiliki tempat untuk bersembunyi dan tidak berkemampuan untuk lari. Ini adalah tindakan manusia sadis.” tutur doktor haiwan Pete Wedderburn kepada The Sun yang dikutip Mail Online.
No comments:
Post a Comment