Thursday, December 29, 2011

Lelaki paling jantan - Ingin Tambah Isteri Lagi Menjadi 100

29 Dis 11

Seorang lelaki Nigeria yang memiliki 90 isteri mengatakan ingin menikah dengan 10 perempuan lagi.

Bello Masaaba menjelaskan kepada BBC bahawa dia mendapat instruksi dari Allah dan boleh beristeri banyak kerana tidak ada batasan dalam konstitusi Nigeria.



Bello Masaaba dari Nigeria menikah dengan 90 perempuan dan masih ingin menambah 10 lagi.

Wartawan BBC Jonah Fisher berkunjung ke rumah Masaaba di Bida, Nigeria Tengah, dan menanyakan langsung tentang bagaimana caranya dia memilih isteri baru.

"Dulu saya takut sama perempuan, kenyataannya saya berfikir tidak akan memiliki lebih dari dua isteri tapi Allah membuatnya menjadi mungkin. Para perempuan itu datang sendiri, saya tidak mencarinya," tutur Bello Masaaba yang berusia 87 tahun.

"Mereka datang dan Allah mengatakan kepadaku inilah isterimu dan saya mengahwininya."

Salah satu keyakinan lain Masaaba adalah Allah menentang penggunaan ubat-ubatan.


Bello Masaaba


Bello Masaaba mengaku tidak pernah mencari isteri tapi para perempuan yang datang kepadanya.

Jelas itulah yang menjadi alasan kenapa 55 dari hampir 200 anaknya meninggal.

Sebelas bercerai
Bello memilih isteri ketiga, kelima, dan ke-24 sebagai juru cakap dan tentu saja mereka memuji Masaaba.

"Baik bagi lelaki untuk menikah dengan banyak perempuan supaya dia mendapat imbalan dari Allah," tutur salah seorang isterinya.

Tapi masalahnya apakah tidak timbul kecemburuan antara para isteri?

Ketiga isteri yang menjadi juru cakap itu menyatakan tidak ada rasa cemburu kerana mereka saling mencintai satu sama lain.

Tapi tidak ada yang tahu apa kata isteri lainnya kerana jelas tidak semua perkawinan Masaaba berjalan lancar.

Sebelas perkawinannya berakhir dengan perceraian.

Menurut Masaaba, sambil tersenyum, mereka diusir karena tidak patuh.
catatan indah.com


Sumber

No comments:

Post a Comment