December 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Dis – Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menjelaskan baginda telah meminta kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri bersetuju dengan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang diluluskan Julai lalu, bagi memastikan pentadbiran agama Islam dapat diurus dengan baik.
Sehubungan itu titah Sultan Selangor, selaku ketua agama Islam di negeri itu, baginda bertanggungjawab memastikan pentadbiran agama Islam dalam berjalan dengan lancar dan berkesan.
“Oleh yang demikian, saya menitahkan semua Ahli Yang Berhormat supaya bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan dan seterusnya meluluskan rang undang-undang tersebut supaya semua cadangan pindaan dapat dilaksanakan segera,” kata baginda dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia disiarkan hari ini.
Titah Sultan Selangor, bukan baginda tidak beri rang undang-undang berkenaan dibahaskan, tetapi isu pindaan berkenaan telah lama diluluskan iaitu pada Jun lalu.
“Kenapa baru sekarang diungkit balik? Saya ingat ada orang yang tidak suka dengan pindaan Seksyen 80(1) tentang peguam syarie mesti orang Islam, tidak boleh orang bukan Muslim.
“Mengenai isu ini, mufti pun sudah buat fatwa,” titah baginda lagi.
Baginda seterusnya berkata, “kita jangan terkeliru” kerana orang bukan Islam boleh belajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tetapi tidak boleh menjadi peguam syarie.
“Ini yang (pensyarah UIA) Prof Abdul Aziz Bari tidak faham.
“Fatwa sudah dibuat, kita hanya perkuatkan lagi dengan memasukkan dalam enakmen,” titah baginda dan menambah, “itu yang bising sangat.”
“Ada orang pergunakan orang Melayu,” jelas baginda menjelaskan pertikaian mengenai isu itu sebelum ini.
Baginda seterusnya bertitah, Seksyen 85 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor dimansuhkan kerana Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bukan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Badan Berkanun seperti anak-anak syarikat kerajaan negeri.
“Berbeza dengan (Jabatan Agama Islam Selangor) Jais yang masih di bawah kerajaan negeri, Mais mempunyai ahli majlisnya sendiri, yang saya lantik untuk melihat polisi-polisi agama Islam.
“Mereka (ahli Mais) ada tanggungjawab besar dan mereka memberikan nasihat kepada saya. Semua minit mesti diserahkan kepada saya. Itu yang Prof Aziz marah sangat. Kata tidak dalam berkanun, Mais tidak payah audit, mana boleh. Mais dari dulu kita audit,” titah baginda.
“Zakat diaudit. Oleh kerana audit zakat dalam Mais ini bersih jadi tidak masuk dalam akhbar.
“Biasanya kalau ada kesalahan dari segi audit, baru disiarkan di suratkhabar,” tambah Sultan Selangor.
Dalam temu bual ini, Sultan Selangor bertitah menjelaskan, “kalau Prof Aziz kata zakat di Selangor tidak audit, nanti orang ramai takut hendak beri zakat.”
Bulan lalu, Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, pindaan beberapa seksyen dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri pada 11 Julai lalu sudah mendapat perkenan Sultan Selangor.
Kata beliau, pihaknya bersedia memberi taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri itu bagi mengelak timbulnya salah faham atau kekeliruan.
Mohamad Adzib berkata, antara perkara dibangkitkan dalam pindaan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri dan diwartakan pada 25 Ogos lalu itu termasuk mengenai pelantikan Setiausaha Mais dan pengagihan wang zakat di Selangor.
Dalam temu bual terbaru ini, Sultan Selangor juga bertitah menjelaskan bahawa baginda mendapat tahu daripada Mais bahawa pihaknya hendak membuat banyak pidaan dan memperbetulkan pentadbiran agama Islam tetapi wakil rakyat tidak mahu.
“Saya dapat tahu mereka tidak mahu. Jadi kalau begitu saya kata, saya ada hak menulis surat kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri, bertitah atau keluarkan surat.
“Setelah meneliti dan mendengar nasihat Mais, saya amat berpuas hati bahawa semua cadangan pindaan yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut, sekiranya diluluskan dapat memberi kebaikan kepada pentadbiran agama Islam dan juga semua rakyat beta yang beragama Islam,” jelas baginda.TMI

No comments:
Post a Comment