Tarikh : December 26, 2011
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil langkah berani, apabila memutuskan sudah sampai masanya melakukan transformasi politik progresif. Satu daripada tindakannya ialah mengumumkan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi membenarkan mahasiswa berumur 18 tahun menjadi ahli parti politik, tetapi politik kepartian tidak dibenarkan di kampus.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin telah menubuhkan Jawatankuasa Pindaan Auku yang dipengerusikan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.
Pada 17 Disember 2011, saya telah mempengerusikan Meja Bulat Pindaan Auku yang dihadiri perwakilan semua pihak berkepentingan. Ia berjalan dengan amat baik. Ia telah membincangkan perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam meminda Auku dan akta-akta lain yang berkaitan.
Proses rundingan ini akan diteruskan. Ia penting bagi memastikan pindaan ini dibuat secara progresif dan komprehensif, dan bukannya secara regresif dan restriktif. Dapatan daripadanya akan disampaikan kepada jawatankuasa tersebut.
Kini, terdapat dua pandangan yang sama-sama bersetuju membenarkan mahasiswa berpolitik. Tetapi, terdapat perbezaan, iaitu sama ada meminda atau memansuh Auku.
Auku undang-undang bersifat governans. Bukan tidak boleh dimansuhkan dan diganti dengan akta baru atau kembali ke zaman sebelum Auku. Tetapi, kerana sifat governansnya, maka, langkah-langkah itu melibatkan proses yang rumit. Apa yang dibimbangkan ialah, ia melambatkan matlamat prioriti,
yang telah dipersetujui kerajaan, iaitu membenarkan partisipasi politik mahasiswa. Justeru, saya mengajak semua pihak bersama-sama memindanya dengan cara yang optimum.
Matlamat pindaan ini, ialah pertama, menegakkan hak mahasiswa berpolitik yang dijamin Perlembagaan dan kedua, meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam membuat keputusan.
Di samping itu, ia juga diharap dapat menamatkan salah satu kesan negatif Auku, iaitu “budaya takut” culture of fear di kampus. Kewujudan budaya takut dicatatkan beberapa penulisan tentang Auku. Ia turut dibangkitkan di meja bulat tersebut.
Antara buku yang relevan dengan perkara ini ialah tulisan Frank Furedi (2007), Culture of Fear Revisited. Judul asalnya, Culture of Fear (1997). Furedi memberontak terhadap budaya takut yang hingga menyebabkan masyarakat takut akan dirinya sendiri.
Budaya takut akibat Auku dapat dikesan dalam beberapa keadaan. Contohnya, kerana takut berbeza pendapat, maka, kurang dibenarkan perbincangan terbuka yang membolehkan pendapat berbeza diutarakan dan didebatkan. Kebebasan bersuara mahasiswa dan pensyarah disekat.
Kerana takut pada ketua, apabila mesyuarat diadakan atau organisasi ditubuhkan, ia dilakukan sebegitu rupa sehingga seperti telah diatur.
Mereka yang mengutarakan pendapat berbeza dilabel sebagai pembangkang, kalaupun tidak diugut atau dikenakan tindakan.
Sebelum pengumuman pindaan, ada yang takut untuk bersuara bagi memindanya atau membenarkan suara itu diluahkan.
Selepas pengumuman itu, ada yang takut melaksanakannya lalu mencadangkan kerajaan membatalkannya.
Dalam proses meminda, dan selepas selesai dipinda, kalau berlaku apa-apa masalah, akibat takut, maka, mungkin ada yang bingkas menyatakan bahawa memindanya adalah satu kesilapan.
Auku dipinda bukan untuk menambah, mengurang atau menyifar masalah. Kalau ia diperketat pun, tiada jaminan tidak berlaku masalah.
Masalah berlaku kerana beberapa faktor. Mungkin ada yang sengaja mencetuskannya.
Ini adat dunia. Sebab itu, pada zaman Rasulullah pun ada masalah.
Najib berani meminda Auku atas falsafah demokrasi dan realiti kontemporari. Kita mesti menyokongnya dan berani melaksanakannya dengan sebaik-baiknya.

No comments:
Post a Comment