Saturday, January 7, 2012

901: Ikram beri kebebasan kepada ahli untuk berhimpun

 
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Ahli-ahli Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) bebas untuk melibatkan diri dalam perhimpunan 901, Isnin ini berdasarkan penglibatan politik mereka.

Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, pihaknya amat prihatin terhadap perkembangan terkini yang berkaitan dengan Himpunan 901.
“Dalam membuat pendirian ini, Ikram dipandu oleh prinsip-prinsip syariat yang yang menuntut agar keadilan diberikan kepada semua pihak.

Katanya, Ikram menghormati keluhuran Perlembagaan, mendokong prinsip-prinsip keadilan, memperjuangkan kesaksamaan dalam proses perbicaraan serta hak rakyat berhimpun mengikut peruntukan Perlembagaan.

Menruutnya, Ikram berpendapat bahawa kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah kes berprofil tinggi kerana melibatkan individu penting dalam percaturan politik tanahair.
“Maka, sebarang kemungkinan tentang wujudnya tekanan dan gangguan berunsur politik tidak dapat dinafikan dan apatah lagi ditambah dengan isu integriti terhadap badan kehakiman Malaysia yang sering dipersoalkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru itu, kata beliau tidak hairanlah sekiranya rakyat mempunyai persepsi negatif dalam kes ini.
Lantaran itu, ujarnya Ikram menyeru pihak berkewajipan supaya memastikan agar semua pihak yang terlibat dalam kes ini diberi hak untuk mendapat keadilan sepenuhnya dalam proses perbicaraan dan penghakiman.
Di samping itu, katanya tahap pembuktian  beyond reasonable doubt “melampaui keraguan yang munasabah” mestilah dilaksanakan dan konsep pengasingan kuasa antara badan kehakiman, badan legaslatif dan badan eksekutif wajib berlaku dengan jelas.
“Ikram juga menyeru para penganjur dan polis untuk berkerjasama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semasa perhimpunan terjamin,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment