Lakshmi Tatma, seorang kanak-kanak dari desa pertanian miskin di India dianggap sebagai titisan Dewa Hindu untuk kemakmuran dan kesuburan kerana mempunyai keanehan fizikal iaitu mempunyai 4 tangan dan 4 kaki. Orang- orang memujanya dengan menaruh hadiah di samping tempat tidurnya setiap hari. Tapi hal itu tidak membuat hidupnya senang, kerana ia harus membayar mahal “kurnia” itu. Dia tak boleh berjalan, duduk atau berdiri.
Secara medik keadaan yang dialami Laksmi disebabkan ada kembar parasit ditubuhnya.
Kembarnya yang berhenti tumbuh tanpa ada kepala. Jadi menempel pada tubuh laksmi dan disebut sebagai kembar parasit.
Secara medik keadaan yang dialami Laksmi disebabkan ada kembar parasit ditubuhnya.
Kembarnya yang berhenti tumbuh tanpa ada kepala. Jadi menempel pada tubuh laksmi dan disebut sebagai kembar parasit.
Dua tahun lalu orang tua Lakshmi memilih untuk membedah gadis malang itu agar dia boleh terpisah dari kembar parasitnya. Dan setelah melalui pembedahan selama 27 jam kini fizikalnya hampir sempurna. Dia boleh berdiri dan berjalan di atas dua kakinya. Hal yang sangat mustahil dilakukan sebelum operasi. Kini 2 tahun sudah berlalu dan Lakshmi boleh masuk sekolah dan bermain seperti anak- anak lainnya. Tapi masalah ternyata belum selesai, Lakshmi masih memerlukan beberapa pembedahan lanjutan untuk menghindarkannya dari cedera tulang belakang scoliosis pada ketika dia tumbuh dewasa nanti.
No comments:
Post a Comment