Malaysiakini
January 29, 2012
KUALA LUMPUR, 29 Jan — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut pentadbiran Najib menjelaskan konsesi selama60 tahun berjumlah RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuhraya.
Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri.
Syarikat berkenaan mengumumkan mereka telah memperoleh pinjaman mudah RM2.24 bilion, bagi projek pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping sepanjang 316km yang melibatkan subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah adalah selaras dengan kepentingan awam.
Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan, pihaknya berasa curiga, dan apakah rasionalnya kerana “kedua-dua subsidi ini berjumlah RM4 bilion jika prinsipal pinjaman adalah RM6 bilion.”
“Apakah keperluan kerajaan membayar RM980 untuk pengambilan tanah sedangkan ini projek swasta?” Soalnya.
“Bagaimanakah Kerajaan boleh memberi tempoh konsesi selama 60 tahun, iaitu yang terpanjang dalam sejarah Malaysia dan kedua hanya kepada perjanjian pembekalan air selama 100 tahun kepada Singapura yang telah dimeterai pada tahun 1960an?” Soal Lim (gambar) lagi.
Lim juga menuntut kerajaan memberi penjelasan, mengapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuhraya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan.
Lim turut mempersoalkan kos lebuhraya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah “dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km.”
“Konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri ini bermakna bahawa beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi saya hingga ke cucu-cicit saya,”
“Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan maha-Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia.”
Menurut Lim, rakyat Malaysia tidak boleh menerima lagi satu skandal umpama Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di mana pengendali tol diberi tempoh konsesi 50 tahun sehingga 2038 walaupun mereka sudah mengaut keuntungan berkali-kali ganda lebih daripada pelaburan asal.
Kos pembinaan NSE adalah RM6 bilion dan setakat 31 Disember 2010, pengendali tol itu sudah pun menerima RM24.3 bilion, iaitu keuntungan sebanyak RM18.3 bilion.
“Kenapa pengendali PLUS dibenarkan mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3 kali ganda kos pembinaan?”
“Cukup-cukuplah! Kerana itulah PR menekankan pemansuhan tol NSE,” katanya.
“Adakah konsesi lebuhraya RM7.07 kepada Europlus ini permulaan lagi satu skandal? Rakyat Malaysia tidak mahu pengulangan skandal PLUS,” tegas Lim.
Menurut Lim, jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk?
“Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment