Mohd Sabri Said |
BUKIT MERTAJAM, 8 Jan: Pengawal peribadi presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Al Bakqry pada mulanya menganggap darah yang keluar di telapak tangan kirinya hanya cedera biasa. Menceritakan hal itu, Pengarah LANG GAR 901, Zulkifli Saad berkata, pada mulanya juga Fayyad tidak memberitahu sesiapa tentang kecederaannya termasuk kepada Wan Azizah. Fayyad katanya ada meminta seorang rakan yang lain mendapatkan ais untuk diletakkan ditangannya bagi menghentikan darah yang keluar. "Semua orang di atas pentas tidak tahu menahu telapak tangan kiri Fayydh berdarah kerana beliau sendiri menggangapnya perkara biasa kemungkinan terkena apa-apa objek tajam seperti jarum," katanya. Beliau mengulas kejadian yang menimpa Fayyad malam tadi pada satu ceramah presiden PKR itu sempena pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang. Ketika itu Fayyadh mengiringi Wan Azizah meredah melalui kesesakan orang ramai yang hadir di ceramah berkenaan pada kira-kira jam 9 malam apabila kejadian itu dikatakan berlaku. Sambung Zulkifli lagi, selepas ceramah tersebut Fayyadh Afiq kemudiannya mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi dia mula berasa sakit dan akhirnya tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan dipercayai terkena objek tajam beracun. "Semasa Pengerusi Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Cikgu Bard sedang berucap tiba-tiba saya dapat panggilan dari Kak Wan dengan nada menanggis memberitahu Fayyadh pengsan dan tidak bermaya ketika berhenti mengisi minyak di salah sebuah stesen di sekitar Nibung Tebal ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, " terangnya lagi. Rombongan tersebut kemudiannya diarah kembali ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan kecemasan. Sehubungan itu juga satu laporan polis di buat di Balai Polis Seberang Jaya oleh Saudara Mohd Nurol Sayah sekitar jam 2.00 pagi. Pengadu dalam laporanya menegaskan, semasa perjalanan mengantar Datin Seri Dr Wan Azizah, Nurul Ilham, Fayyadh dan Mohd Reza ke ceramah di Jalan Kilang Ubi, Tok Kun tiba-tiba Fayyadh mengadu kepadanya bahawa tanganya teras kebas dipercayai terkena suntikan beracun. "Apa pun kami tunggu tindakan polis berhubung perkara itu. Kami minta pihak polis menyiasat perbuatan yang kotor berkemungkinan ada kaitanya dengan hari keputusan penghakiman membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin ini, " kata Zulkifli. |
Sunday, January 8, 2012
Fayyad ada minta ais sebelum tidak sedarkan diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment