Rabu, 25 Januari 2012
Ramai yang tak percaya dan ianya memang mengejutkan. Maka urusan seterusnya mencari calon sesuai untuk ganti MB sedia ada.
Tapi sudah ada yang berangan-angan nak jadi MB.
Kena war-warkan siapa calon MB yang bakal ganti TG Nik Aziz.
Supaya boleh dipacak gambar bakal calon MB itu diserata Negeri. Macam yang pernah dibuat pada tahun 2008 dulu.
Senang rakyat nak kenal dan mudah nak membanding beza... gitulah adanya..hahahaha
Tapi sudah ada yang berangan-angan nak jadi MB.
Kena war-warkan siapa calon MB yang bakal ganti TG Nik Aziz.
Supaya boleh dipacak gambar bakal calon MB itu diserata Negeri. Macam yang pernah dibuat pada tahun 2008 dulu.
Senang rakyat nak kenal dan mudah nak membanding beza... gitulah adanya..hahahaha
PRU13: Najib yakin boleh rampas Kelantan
January 24, 2012
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Najib, yang juga Presiden Umno, melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri ini.
Katanya, Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan Pas amat sengit, Kelantan merupakan 'winnable state' bagi BN pada pilihan raya umum itu.
"Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri, ia menjadi suntikan semangat kepada kita untuk bekerja kuat," katanya kepada Bernama.
Bagi mencapai kemenangan tersebut, Awang Adek berkata Perdana Menteri mahu anggota dan pemimpin semua parti komponen BN bekerja kuat, termasuk menggerakkan lebih banyak program mendekati rakyat.
"Perdana Menteri mengingatkan kita supaya berjumpa dengan seberapa banyak kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, nelayan, petani, guru, bloggers dan golongan profesional, bagi mengenal pasti masalah mereka dan cuba bantu menyelesaikannya," katanya.
Beliau berkata Perdana Menteri juga mahukan Umno dan parti komponen BN yang lain, mendampingi 'pengundi atas pagar' yang terdiri daripada mereka yang berpendirian bebas.
"Dalam perjumpaan itu, Perdana Menteri akui Wanita Umno adalah penggerak utama kita sebab Wanita ini dia banyak masuk ke akar umbi bertemu rakyat melalui Skuad Sayang. jadi Perdana Menteri kata dia nak bantu Wanita kerana dia tahu Wanita kerja kuat dan dengan adanya van Skuad Sayang, ia akan memberi kesan yang lebih kepada Wanita untuk mendampingi pengundi," katanya.
Sempena lawatan tersebut, Perdana Menteri turut menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita Umno dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan. penasuasa
SUMBER : SINI
No comments:
Post a Comment