Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur bersama pengasas bersama ABU Haris Ibrahim, - penyelaras kebangsaan Hindraf, W Sambulingam (kiri) berkata, pengerusi NGOnya itu, P Waythamoorthy telah bersetuju bekerjasama dengan ABU demi kepentingan rakyat.
"Waythamoorthy telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemimpin-pemimpin ABU di London, dan akhirnya bersetuju menyertai mereka," katanya.
Bagi kempen pertama, mereka akan bersama mengadakan siri ceramah di enam negeri - Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Perak.
Sambulingam, Haris dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih popular sebagai Chegubard, akan berucap di Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga dijadualkan untuk berucap pada ceramah itu. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment