BANGKOK, Seorang produser televisyen Thailand mengahwini kekasihnya minggu lalu. Upacara perkahwinan mereka menjadi berita hangat di negara itu. Bukan kerana kemegahannya, melainkan kerana mempelai perempuan itu sudah menjadi mayat.
Kiss the bride: The grief stricken Chadil Deffy kisses Ann Kamsuk during the ceremony
The couple had often talked of marriage but Ann, 29, tragically died in a car accident on January 3
The TV producer later told well-wishers on his Facebook account: 'In your eyes, our action might seem as a great love. But for us, it is the mistake which we could not go back in time to correct. Remember, life is short.
Chadil Deffy atau nama glamournya Deff Yingyuen mengahwini “Anne” Kamsook, wanita yang menjadi kekasihnya selama 10 tahun terakhir di sebuah kuil di Amphur Muang, Surin, seperti dilansir Huffington Post, Rabu (18/1/2012).
Deffy dan Kamsook sebenarnya berniat berkahwin sejak lama dulu. Tetapi , Deffy meminta kekasihnya itu bersabar kerana dia ingin menyelesaikan kuliah dulu. Selain itu, mereka sangat sibuk dengan kegiatan masing-masing. Mereka saling jatuh cinta ketika sama-sama belajar di Universiti Eastern Asia sepuluh tahun lalu, Pattaya Daily News melaporkan.
Tidak diduga, Kamsook meninggal dalam satu kecelakaan lalu lintas pada 3 Januari 2012 lalu, sebelum pasangan itu menentukan tanggal pernikahan.
Dalam upacara tak lazim yang diadakan pada 9 Januari lalu, Deffy mengenakan pakaian layaknya seorang pengantin. Dia berbaju setelah hitam yang dilengkapi dasi putih. Kepalanya ditutup dengan topi tinggi. Manakala mempelai perempuan pun mengenakan busana pengantin putih lengkap dengan sarung tangan transparensi. Namun selepas perkahwinan itu langsung diteruskan dengan pemakaman sang mempelai perempuan.
Di akaun Facebook-nya, Deffy menulis, “Di mata kalian, yang kami lakukan nampak seperti kisah cinta yang indah. Namun bagi kami, ini sebuah kesilapan besar dan kami tidak boleh kembali ke masa lalu untuk memperbaikinya. Ingatlah, hidup itu singkat.”
“Lakukan apa yang anda sukai dan rawatlah orang-orang yang anda kasih, baik itu orangtua, saudara-saudara. Kerana anda mungkin tidak punya kesempatan lagi.”
http://www.dailymail.co.uk/
No comments:
Post a Comment