Sunday, January 22, 2012

Kumpulan bertopeng 'selamatkan' Adam...


Pergerakan Occupy Dataran meneruskan acara mereka hari ini di Kuala Lumpur dengan membawa isu penggantungan aktivis pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim.

Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis itu berhimpun di satu kawasan Dataran Maybank, Bukit Bintang untuk mementaskan satu sketsa pendek berhubung tindakan UPSI ke atas Adam.

adam adli flash mob 4Pementasan satira itu turut dijayakan oleh beberapa orang aktivis yang masing-masing memakai topeng dengan wajah para pentadbir universiti yang terlibat dalam kes Adam.

Aktivis berkenaan juga memakai papan tanda yang memaparkan nama pentadbir kampus tersebut.

Turut beraksi dalam pementasan satira itu ialah Adam sendiri yang melakonkan semula tindakan oleh pentadbir kampus tersebut ke atasnya.

adam adli flash mob 3Para pentadbir itu digambarkan melakukan kekerasan ke atas Adam, dengan menolak pemuda itu ke lantai dan memukul pelajar berkenaan sambil menari dengan diiringi muzik popular "Chicken Dance."

Kumpulan pentadbir universiti itu juga membawa bendera dengan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam lakonan berkenaan.

Adam Adli kemudiannya 'diselamatkan' oleh sekumpulan peserta Occupy Dataran yang menghalau para 'pentadbir kampus' itu.

Antara tokoh yang dijadikan sasaran pementasan satira itu ialah Professor Datuk Dr Zainal Kling yang mengetuai panel lapan juri dalam membuat keputusan menggantung pengajian Adam selama tiga semester, 9 Januari lalu.

adam adli flash mob 5Dalam pementasan yang berlangsung tidak sampai sepuluh minit itu, Adam turut melakonkan semula tindakannya menurunkan 'bendera' dengan wajah perdana menteri – tindakan kontroversi yang menyebabkan beliau dikenakan tindakan oleh UPSI.

Selain itu, kumpulan berkenaan turut membawa sepanduk dengan slogan "UPSI kenapa kau angkuh sangat?"

Pementasan berkenaan, yang diawasi kira-kira 20 orang anggota polis itu turut menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan tumpuan pelancong tersebut. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment