Monday, January 23, 2012

Nafsu Keji Yang Tak Dapat Dikawal

Posted by a U t A m a N - - 

Amber Roderick(gambar) baru saja dibebaskan dari penjara apabila dia bertemu seorang remaja perempuan di tepi jalan untuk diperdaya menjadi pemuas nafsunya.

Dalam kejadian April lalu, Amber dilaporkan memujuk mangsa menyertainya ke sebuah parti di Reading, Berkshire.

Di situ, mangsa diberi dadah dan arak sehingga lemah sebelum seorang lelaki, Joseph Lawrence, 29, merogolnya di dalam bilik mandi.

Menurut keterangan mahkamah, Lawrence mengugut mangsa dengan sebilah pisau dan mengancam mencederakannya jika remaja terbabit mengadu kepada sesiapa.

Tidak cukup dengan itu, Amber, 19, kemudian menyapu dirinya dengan syampu anjing sebelum mencabul mangsa yang tidak didedahkan identiti atas sebab perundangan.

Selepas puas, Amber kemudian mendorong seorang lelaki lain, Patrick Maughan, 26, sekali lagi merogol remaja terbabit.

Berdasarkan keterangan saksi, Hakim Mahkamah Reading semalam mengarahkan Amber dihukum penjara maksimum empat tahun.

Hakim berkata, Amber memilih untuk tidak mendedahkan apa yang berlaku ke atas dirinya sehingga dia menjadi begitu liar.

“Bagaimanapun, dalam kes ini - berdasarkan keterangan yang diberi saksi serta sabitan kesalahan sebelumnya - saya berpuas hati mendapati Amber berbahaya,” katanya.

Sebelum ini, Amber dipenjara kerana memaksa dua budak lelaki berusia sembilan dan 10 tahun melakukan seks oral bergilir-gilir .

Menurut hakim, Amber membahayakan orang awam, termasuk kanak-kanak dan remaja.

“Kemungkinan besar dia akan kekal begitu sehinggalah dia mampu mengawal dirinya,” katanya.

Sementara itu, Lawrence pula dihukum penjara tujuh tahun, manakala Maughan enam tahun. - TS
paapaada

No comments:

Post a Comment