|
|
KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff daripada tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan hukuman penjara enam bulan yang dijatuhi oleh Mahkamah Majistret di sini dua tahun lalu.
Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan tersebut setelah mendapati Mahkamah Majistret terkhilaf apabila menyabitkan tuduhan dan menjatuhkan hukuman enam bulan penjara terhadap Nik Sapeia.
“Selepas menimbang hujahan kedua-dua pihak, saya dapati Majistret khilaf dari segi fakta dan undang-undang dalam menyabitkan tuduhan ke atas perayu (Nik Sapeia). Tugas perayu di peringkat pembelaan adalah menimbulkan keraguan dan perayu telah berjaya menimbulkan keraguan tersebut.
“Dengan itu, sabitan dan hukuman ke atas perayu diketepikan dan rayuan dibenarkan,” kata Mariana ketika membaca keputusannya semalam.
No comments:
Post a Comment