Wednesday, January 11, 2012

Parlimen Bubar Selepas Tahun Baru Cina!

Wednesday, January 11, 2012



Tidak mahu mengambil risiko ekoran pembebasan Anwar Ibrahin daripada tuduhan fitnah liwat, Najib Altantuya dijangkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas Tahun Baru Cina dan sebelum pengagihan wang RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pertengahan bulan depan.

Tarikh yang dijangka akan dipilih adalah 11 Februari atau 18 Februari 2011, manakala tarikh pilihanraya umum dijangka akan dilaksanakan sekitar Mac.

Bagaimanapun, tempoh berkempen masih belum ditentukan dan adalah dipercayai ia akan diadakan sekitar lapan ke 11 hari.

Bilik gerakan pilihanraya negeri-negeri sudah diarahkan supaya membuka pusat operasi piihanraya bermula minggu depan.

Pada pilihanraya umum lalu, bekas perdana menteri Abdullah Badawi memilih 8 Mac sebagai hari pengundian berdasarkan khurafat nombor 11 iaitu 8 haribulan Mac (3) tetapi kurang bernasib baik kerana Mahathir yang marahkan Abdullah, telah memujuk kaum pemodal Cina di Pulau Pinang supaya menolak calon Barisan Najis dan mengundi calon Pakatan Rakyat.

Akibatnya lima negeri termasuk satu Wilayah Persekutuan tumbang dan Pakatan Rakyat menang kerusi paling banyak di dalam sejarah Parlimen dengan 82 kerusi.

Kini masanya sudah tiba untuk ibu segala peperangan berlaku.

Apakah kita sudah bersedia??

JALAN PULANG

P/s - Sumber: Shhhh...

Najib akan buat p'raya awal bagi elak pergeseran Umno

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum ke-13 seawal Mac ini kerana sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu dan pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara berikutan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan Umno yang telah memerintah sejak kemerdekaan pada tahun 1957 berdepan dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar yang menjanjikan pembaharuan besar-besaran.

"Fokus tidak sebegitu banyak ke atas Anwar sekarang tetapi kepada Najib. Beliau mesti terus bergerak dan memastikan Umno tetap setia kepadanya," kata seorang pegawai kanan Umno yang terlibat dalam perbincangan kepimpinan parti dan tidak mahu identitinya didedahkan kerana beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.

"Saya melihat pilihan raya pada Mac, April, sebelum pemilihan Umno. Kegusaran terbesar Najib bukan pilihan raya umum tetapi pemilihan parti Umno kerana ada desakan di kalangan akar umbi Umno bahawa Najib terlalu berlembut ," kata pegawai itu.

Sebuah akhbar bahasa Melayu yang berkait dengan Umno juga melahirkan kebimbangan itu, apabila sehari sebelum mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah, mempertikaikan kewajaran polis membenarkan penyokong pembangkang berhimpun di luar mahkamah.

"Lebih baik untuk jadi jahat, budak nakal sering dapat perhatian dan layanan yang baik," katanya.

Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga tahun 2013 tetapi Najib dijangka membubarkan Dewan Rakyat tahun ini.
JALAN PULANG
- Reuters

No comments:

Post a Comment