Sukar untuk membayangkan sebuah dunia tanpa kerajaan dalam skala terhad fikiran manusia moden. Menggambarkan umat manusia yang bebas secara total, tidak terikat dengan undang-undang, tanpa polis, tanpa tentera,tanpa birokrasi , tanpa pemimpin. wow bebas !
Kalaupun ia belum melangkaui dimensi logik, pasti ia adalah sebuah imaginasi utopia sejati.
Namun sudah termaktub dalam sejarah terpencil tentang kemashyuran Kowloon Walled City. Sebuah penempatan rumah flat haram di Hong Kong yang sangat unik.
Umpama sebuah bandar parasit yang tak sengaja tumbuh dalam landskap sebuah bandar moden. Menjadikannya sebuah wilayah gelap tanpa authority yang namanya merintis ke tingkat lagenda.
Kowloon Walled City adalah himpunan blok-blok flat yang sangat rapat hinggakan kelihatan seperti sampah mampat berbentuk kiub yang disusun bertingkat-tingkat.Ia adalah habitat bagi hampir 50,000 manusia dan dianggap antara penempatan paling padat didunia. Semua bangunan di bina tanpa plan perancangan. Bayangkan sebuah rumah baru dibina di atas rumah yang sedia ada (ibarat anai-anai membina busut ). Dan pertindihan itu berlaku hingga tingginya mencecah 14 tingkat, (iaitu paras limit kerana Kowloon Walled City terletak berhampiran lapangan terbang).
Ya, bunyinya mirip permainan Lego . Lebih unik lagi bangunan-bangunan 14 tingkat tersebut tidak memiliki lif. Tapi itu bukan masalah kerana struktur binaannya yang rapat, penduduk boleh melompat dari blok ke blok tanpa turun ke bawah.
Dekorasi dalaman kowloon Walled City juga tak mengecewakan. Sebuah subterranean berbentuk labirin buatan tangan manusia. Lorong-lorongnya gelap dan lantainya lecak. Sampah berserakkan, sementara tikus dan lipas menjadi bersahabat baik dengan manusia.
Keadaan bangunan yang terlalu rapat membuatkan tingkat bawahnya hampir tak ditembusi cahaya matahari. Sebab itu dinamakan kota gelap.
Di Kowloon Walled City tidak terdapat saluran longkang, bekalan air disedut secara haram dari kawasan sekitar, sementara elektrik disediakan tapi tiada meter bil, di sana sini wayar dan paip air berselirat silang menyilang, baik di atas lantai, pada dinding mahupun pada siling, sekaligus menghidupkan mood dan suasana horror.
Di sini memang sangat sesuai untuk pengambaran filem gothik urban mahupun filem cyber-punk.
(Kalau sejarah dianggap penting maka… ) Kowloon Walled City asalnya adalah kubu milik maharaja China untuk mengawasi serangan lanun.
Semasa penyerahan Hong Kong kepada British dalam perjanjian 99 tahun, kubu pertahanan tersebut tak termasuk dalam perjanjian.
Bila revolusi komunis China berjaya menamatkan pemerintahan maharaja, Kowloon Walled City tidak menarik minat pemerintah Komunis , maka jadilah ia wilayah terbiar tanpa pentadbir. Semasa pemerintahan jepun di zaman perang dunia ke-2, kubu pertahanan itu telah dimusnahkan.
Dan bila sejak pengunduran pihak Jepun, Kowloon Walled City mula menjadi sarang kepada pendatang haram, pengusaha candu dan kumpulan kongsi gelap.
Seperti yang aku katakan pada awal tadi, Kowloon Walled City tidak terikat dengan undang-undang. Secara geografinya ia berada di Hong Kong tapi ia bukan wilayah milik Hong Kong.
Oleh kerana ianya hampir bersifat anarki kerana tidak ditadbir secara hitam putih oleh mana-mana pemimpin, golongan yang paling berkuasa di wilayah yang mengamalkan hukum rimba pastilah puak kongsi gelap.
Walaupun kebanyakkan warganya terdiri dari orang biasa yang tak terlibat jenayah, tapi puak kongsi gelaplah yang menentukan keselamatan perusahaan kilang-kilang haram di situ dengan mengenakan wang perlindungan.
Dan hampir segala larangan di luar sana, semuanya menjadi halal di sini. Misalnya makan anjing tak di benarkan di Hong Kong, namun di sini menjadi hidangan biasa.
Belum lagi dikira pelacuran yang berleluasa, dikatakan disini terdapat pertunjukkan bogel secara terbuka. Perjudian kecil-kecilan hinggalah ke kasino haram semuanya dikawal oleh sindiket kongsi gelap. Tak ketinggalan juga dadah, para penagih lebih suka bersarang di situ kerana selamat dari ancaman pihak berkuasa.
Dengan reputasi jenayahnya yang unggul itu maka tak hairanlah semua pelancong Hong Kong dinasihatkan supaya menjauhi diri dari tempat tersebut.
Dan pada 1970an, pihak berkuasa pernah menggempur kongsi gelap Kowloon Walled City secara besar-besaran dengan batalion 3000 anggota polis.
Walaupun tidak ada undang-undang, namun terdapat larangan mengambil video yang mungkin atas arahan pihak kongsi gelap.
Terdapat berberapa video yg diambil secara curi-curi di youtube, tapi video terbaik adalah sebuah dokumentari jerman dengan translate English
Kowloon Walled City yang berpuluh-puluh tahun dianggap keaiban bagi kerajaan Hong kong telah dirobohkan pada 1993.
Namun mitos dan namanya kekal dikenang sebagai antara kota-kota yang telah musnah setaraf kota Babylon , kota Persepolis , kota pompei etc
TRIVIA :
-
- filem Bloodspot yg menaikkan nama Jean Claude Van Damme dilakonkan sebahagian scenenya di Kowloon Walled city.
- Bangunan yang terbakar dan meletup dalam Filem Crime Story lakonan Jacky chan adalah Kowloon walled City. Tapi proses evacuation telah dilakukan 2-3 tahun lebih awal.
- Terdapat sebuah band nama KOWLOON WALLED CITY cuba try ni https://www.facebook.com/kowloonwalledcity?sk=app_204974879526524
No comments:
Post a Comment