Wednesday, January 11, 2012

Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

Khabarnya Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee   bakal berlangsung pada 20 Januari 2012 yang akan datang. Pengesahan dibuat oleh Farah Lee sendiri dengan menghantar mesej kepada rakan-rakan  di Facebooknya  ke majlis kesyukuran, doa selamat, tahlil dan majlis pernikahannya. ally iskandar & farah lee
Majlis ini akan berlangsung di rumah kedua ibu bapa Farah Lee di Terengganu. Majlis akan berjalan secara simple dan sempoi. Untuk makluman, tiada kad undangan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak untuk majlis ini. Kemungkinan besar kekangan masa kerana Farah Lee baru sahaja pulang dari Korea untuk bercuti menyebabkan tidak sempat untuk menempah sebarang kad.
Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Farah Lee dan Ally Iskandar atas berita gembira ini. Semoga majlis pernikahan mereka akan berjalan dengan lancar kelak. Amin
Tahniah sekali lagi buat Iskandar dan Farah Lee
sumber berita : beautifulnara

No comments:

Post a Comment