‘Senjata makan Tuan’ adalah kata-kata yang pantas menggambarkan kebodohan perompak ini yang secara tidak sengaja menembak kakinya sendiri ketika sedang merompak sebuah Bank di Brazil.
Dalam sebuah rakaman video dari Reuters, perompak yang terlihat canggung itu menembak kakinya sendiri saat sementara menjaga pintu ketika rakan-rakannya menjarah bank.
Menurut laporan 9 News, tiga lelaki bersenjata menyerbu sebuah bank di utara Parana, Brazil pada Isnin (23/01).
Awalnya segalanya berjalan mulus, dimana juru wang menyerahkan 30,000 real Brazil kepada para perompak, dan seorang anggota perompak berjaga didepan pintu bank.
Tiba-tiba, senjata sang perompak meletup dan mengenai kakinya sehingga ia berjalan terpincang-pincang meninggalkan tempat kejadian. Namun akhirnya dia ditangkap oleh pihak polis di sebuah rumah sakit setempat, sehari setelah perompakan.
Menurut pihak berwajib, dipercayai ada enam orang yang terlibat dalam aksi perompakan ini, namun hanya tiga yang terakam kamera.
sumber Klik Unik
No comments:
Post a Comment