Wednesday, January 4, 2012

PM temui pemimpin gereja ‘terpilih’ hari ini, dijangka bincangkan isu berbangkit

January 04, 2012
Themalaysian Insider

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
KUALA LUMPUR, 4 Jan — Datuk Seri Najib Razak akan menjadi tuan rumah untuk makan tengah hari hari ini bersama 14 pemimpin utama Kristian, kata sumber dilihat sebagai percubaan merapatkan semula hubungan dengan gereja-gereja tempatan. Bagaimanapun bukan semua ketua-ketua gereja diundang ke majlis persendirian itu, yang membangkitkan persoalan beberapa pemimpin Kristian terhadap senarai nama yang dipilih itu.
“Mengapa hanya sebahagian pemimpin? Jika ia mempunyai kaitan dengan Kristian, ia perlu melibatkan keseluruhan organisasi itu,” kata seorang paderi kanan yang tidak terpilih.

Seorang pegawai kerajaan mengesahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menjemput beberapa pemimpin gereja dalam satu majlis tertutup di Putrajaya tetapi menafikan kerajaan memilih beberapa nama sahaja.
“Ya, jemputan itu dihantar terus kepada beberapa orang tetapi kami bukan memilih siapa yang boleh datang atau sebaliknya. Kami serahkan kepada pihak gereja untuk putuskan siapa boleh hadir,” kata sumber yang enggan namanya didedahkan.

Antara pemimpin yang diundang adalah anggota Gereja Anglikan yang berpusat di Kuching Rev Datuk Bolly Lapok; Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam; Pastor Eu Hong Seng, pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF); dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Biskop Anglikan Ng Moon Hing.

Katanya, antara pemimpin yang tidak akan hadir adalah Biskop Katolik  Anthony Selvanayagam dari Pulau Pinang dan Paul Tan yang mewakili Johor-Melaka; selain itu turut tidak akan hadir ialah Rev Herman Shastri, setiausaha agung Christian Churches of Malaysia (CCM).

Beliau memberitahu The Malaysian Insider ia adalah langkah susulan sejak 12 Mei tahun lalu, selepas tuduhan pemimpin agama itu berkomplot dengan ahli politik DAP untuk menjadikan mengetuai Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.

Serangan balas terhadap penganut Kristian mula dibangkitkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporan yang tidak berasas bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” dan momentum itu diteruskan dengan pelbagai tuduhan lain oleh kumpulan Islam.

Beliau berkata kerajaan telah merancang untuk mengadakan perjumpaan itu untuk tempoh yang lama tetapi sukar untuk mendapatkan tarikh yang sesuai ekoran kesibukan sebahagian besar pemimpin.
Tambahnya, pihak Kristian bimbang akan hak untuk mengamalkan agama itu tetapi berkata “Mereka boleh membawa sebarang isu.”

Sejak perjumpaan pada 12 Mei, komuniti Kristian telah dituduh cuba memurtadkan komuniti Islam yang merupakan majoriti besar dan mendakwa kerajaan secara sistematik mahu menghakis hak beragama seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkembangan terbaru telah memperlihatkan Pakiam mengkritik kerajaan melanggar dasar pendidikan yang diamalkan sejak dahulu dalam lantikan pengetua SMK Convent Bukit Nanas, di mana kerajaan melantik seorang yang beragama Islam untuk jawatan itu.

Selain itu, Eu juga berkata kumpulan tertentu telah menghina Perkara 153 untuk “membuli” penganut Kristian.
Beliau berkata demikian semasa perayaan Krismas bahawa Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan  “membuli” sekiranya hanya melindungi hak sesetengah kumpulan etnik sahaja.

Artikel 153 menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk “memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk Pribumi Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan kaum lain sepertimana peruntukan Artikel ini”.

Dalam ucapannya, Eu menekankan dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan hak Melayu dan Bumiputera, serta Sultan, tetapi “apa yang menjadi masalah adalah ‘perpindahan hak’ majoriti.
 Gereja Roman Katolik tempatan juga menunggu keputusan Mahkamah Rayuan sama ada dibenarkan mengunakan perkataan “Allah” dalam penerbitan.

No comments:

Post a Comment