Saturday, January 21, 2012

POLITIK PUNCA KEMEROSOTAN PASUKAN KEDAH DARULAMAN????


Artikal ini ditulis oleh Khairil pada 2011. Dipos semula sebab nampak gaya bagus jugak.
Kedah Hijau Kuning

Salam 2 all,

Rata-rata peminat pasukan bolasepak negeri Jelapang Padi , Kedah Darulaman merasa amat kecewa dengan prestasi hambar yang dipersembahkan oleh pasukan di dalam saingan Liga-M dan Piala FA untuk musim ini.

Di bawah ini adalah satu petikan dari sebuah email yang aku terima mengenai punca kemerosotan prestasi skuad Hijau Kuning. Sama-samalah kita renung-renungkan apa maksud yang mungkin tersirat di sebalik mesej yang disampaikan oleh penulis ini.

Masalah utama kemerosotan pasukan Kedah tahun ini  adalah berpunca daripada krisis dalaman pihak pengurusan yang melibatkan pengurus dan barisan kejurulatihan iaitu khazali din, ahmad yusof, radhi mat din dan ahmad sobri.

1) khazali din- dia ni punca utama kemerosotan kedah.
Dato' Khazali Din
Segala galanya berpunca dari dia. dia punya target musim ni mau 3 piala tapi dia kedekut nak sediakan bajet lebih untuk dapatkan playmaker yang bagus. mat yusop dah bagi list playmaker yang ingin dipancing tetapi khazali din menolak dgn alasan mahal dan pakai saja apa yg ada. kalau nak hasil yang lumayan, modal yang perlu dikeluarkan mestilahlah tinggi. baru la kita dapat hasil yang diinginkan. dia pun tau masalah utama kedah ialah ketiadaan pemain yg benar2 mampu mengisi posisi playmaker. 
so mengapa beliau menolak request dari jurulatih untuk dapatkan pemain yang amat2 diperlukan bagi menampung kelemahan utama kedah. 
yang kedua khazali din ni suka campur tangan dalam soal tektikal pasukan dan pemilihan line up pasukan. adalah tidak wajar untuk beliau mencampuri urusan jurulatih dan ini pasti akan merencatkan perancangan jurulatih. sudah la mat yusop ni kurang mahir dari segi tektikal, si pengurus pula duk buat pandai atur sana sini. maka hancur berkecai la tektikal pasukan. mana boleh satu kapal ada 2 kapten.

 
Yang ketiga khazali din ni tak berapa friendly dgn para pemain. selaku pengurus beliau seharusnya bertindak sebagai bapa dalam mendidik anak. beri perhatian yang sewajarnya kepada pemain dan kena selalu ambil berat pasal pemain, baru la pemain rasa dihargai dan main dgn semangat. contohilah apa yang arwah DATO AHMAD BASRI terapkan, sentiasa mendampingi pemain dan selalu bertanyakan masalah pemain.



Jurulatih Kedah: Ahmad Yusuf

2) Mat Yusop - sekarang ni majoriti penyokong kedah menyalahkan beliau atas kegagalan pasukan kedah...
memang tak dinafikan mat yusop patut disalahkan. jelas tektikal beliau ternyata tidak berkesan. alasan mat yusop ketika bermula saingan liga ialah masalah kecederaan tonggak utama dan kurang keserasian antara pemain. 2 game terakhir ni beliau dah berpeluang menurunkan barisan idamannya dan hasilnya tetap sama. kedah masih lagi tumpul. ternyata mat yusop gagal dan mengecewakan kita semua.

 
Tak wajar mat yusop bagi alasan kecederaan kerana jika pemain tonggak cedera atau berdepan penggantungan, maknanya kedah akan gagal.. apa fungsi pemain lain?? apakah mat yusop hanya mengharapkan kepada pemain tonggak sahaja???
sebenarnya mat yusop dinilai dari musim lepas, bagi saya beliau tak mampu menggalas tugas selaku ketua jurulatih.
tiada peningkatan yang ditunjukkan dari musim lepas.
ini juga berpunca daripada sikap khazali din yang suka mencampuri urusan mat yusop dalam bab tektikal dan line up pasukan. maka bertambah serabut lagi la mat yusop.
mat yusop (lemah tektikal, suka jadi pak turut) + khazali din (kedekut, suka memandai) = lingkup team kedah


3)Radhi mat din dan Ahmad Sobri - depa 2 orang ini adalah orang yang amat penting kepada mat yusop kerana 2 orang ni dah bersama dgn pasukan sejak dari tahun 2004 lagi. depa lebih mengenali dan memahami peribadi para pemain berbanding mat yusop. selaku pembantu kepada mat yusop (ada yg kata mat yusop sebenarnya pembantu radhi), 2 orang ni juga patut dipertanggungjawabkan atas kegagalan merencanakan tektikal yang berkesan kepada pasukan.

 
Ramai yang tahu radhi juga banyak terlibat dengan tektikal pasukan dan pemilihan pemain.
radhi jelas bersembunyi dibelakang mat yusop dan menjadikan mat yusop sebagai kambing hitam. sebenarnya urusan tektikal pasukan banyak dibuat oleh radhi. perlantikan mat yusop pada 2010 juga atas nasihat dan rancangan radhi. ini semua dah dirancangkan dgn alasan radhi tiada lesen kelas A. Sebenarnya radhi sudah banyak kali membatalkan urusan kursus kejurulatihan lesen kelas A di FAM kerana dia tidak mahu dilantik sebagai ketua jurulatih kedah. radhi sebenarnya tidak mahu menggalas tanggungjawab kerana bimbang jika kedah gagal, namanya akan busuk.
perlantikan mat yusop ibarat sebagai pelengkap sahaja dan dibuat atas dasar mat yusop adalah rakan baik kepada radhi dan ahmad sobri.
masing2 ada kepentingan sendiri (politik dalaman).


Akibat dari ketidakpuasan hati pemain kepada sikap angkuh khazali din, ada segelintir pemain bertindak melakukan silent protes ketika beraksi. 
mereka sengaja bermain di bawah kemampuan sebenar sebagai tanda tidak suka kepada khazali din dgn harapan agar khazali din dipecat.
sebab tu la kita tengok ada pemain yang seolah olah bermain sambil lewa, hantaran kerap sangkut, malas nak ligan bola dll.
ternyata tindakan pemain ini adalah tidak wajar sama sekali. mereka seharusnya menyuarakan rasa tidak puas hati dgn cara yang betul.
bukan dgn cara mengkhianati penyokong.
tak dinafikan pemain juga hak untuk menyatakan sesuatu tetapi bukan dengan cara sebegini, sepatutnya guna landasan yang betul.

Bagi penyokong kedah, semua pihak harus bertanggungjawab termasuklah pemimpin kfa sendiri. 
bila dah tau team ada masalah sepatutnya kfa kena ambil tindakan yang segera supaya team tidak terus hanyut.
buat post mortem secara terperinci, cari punca sebenar masalah dan cara mengatasi. 
bukannya duk tuding jari satu sama lain.

Secara peribadi la berdasarkan situasi pasukan sekarang ni, kalau nak pecat mat yusop lebih baik pecat sekali dengan pengurus dan penolong jurulatih.
amat berharap agar pemimpin kfa mengambil tindakan yang sewajarnya demi mengembalikan semula maruah pasukan kedah.

 http://maidaribendang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment