Tuesday, January 10, 2012
Kebanyakkan Media Cetak hari ini melaporkan Pengawal peribadi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek sudah keluar dari Wad Hospital Seberang Jaya, kelmarin.
Ini kerana menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, Fayyadh keluar atas kehendak sendiri kerana ingin mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital pakar. dan pegawai perubatan memberi kelulusan untuknya keluar dengan alasan mendapatkan rawatan di hospital pakar.
Tajuk yang sesuai dan tepat sebenarnya ialah ‘Fayyadh sudah lari dari Hospital’.. ini kerana tak pernah lagi aku dengar seorang pesakit dibenarkan meninggalkan Hospital atau discharge dari wad pada pukul 2.00 pagi kecuali sudah sangat kritikal..
Ini laporan dari Sinar Harian
Fayyadh keluar wad, tiada kesan racun
GEORGETOWN - Pengawal peribadi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek sudah keluar dari Hospital Seberang Jaya, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, Fayyadh keluar atas kehendak sendiri kerana ingin mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital pakar.
Beliau berkata, atas permintaan sendiri pegawai perubatan memberi kelulusan untuknya keluar dengan alasan mendapatkan rawatan di hospital pakar.
"Jabatan Kimia juga sudah menjalankan analisis ke atas contoh darah dan air kencing mangsa.
"Keputusan mendapati ia bebas daripada sebarang jenis dadah dan racun,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, keputusan ujian terhadap sampel darah dan air kencing Fayyadh sudah diterimanya kelmarin.
Menurutnya, keputusan ujian itu adalah negatif, darah dan air kencingnya tidak ada kesan benda asing termasuk racun atau dadah.
Bagaimanapun, Ayub berkata siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kecederaan dialami mangsa.
Fayyadh cedera di tangan kiri dipercayai dicucuk ketika mengawal Wan Azizah naik ke pentas untuk memberi ucapan di Galeri Pejuang, Cherok To'kun, Bukit Mertajam dalam satu ceramah Ahad lalu.
Ini adalah sebab Fayyadh lari dari Hospital..
PKR dakwa pengawal Wan Azizah 'diganggu' polis
Polis didakwa mengganggu pengawal peribadi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kenyataan bahawa lelaki itu mungkin diberi suntikan beracun pada satu ceramah di Pulau Pinang, minggu lalu.
Menurut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek, 26, keluar tanpa arahan doktor dari Hospital Seberang Jaya dan mendaftarkan dirinya ke sebuah hospital lain untuk mengelakkan "gangguan" polis.
Walau bagaimanapun, Mansor, yang juga Ketua PKR Pulau Pinang tidak mendedahkan di mana Fayyadh Afiq sedang dirawat.
Apabila ditanya mengapa pengawal peribadi itu berpindah ke hospital lain, Mansor mendakwa bahawa "beliau diganggu oleh anggota polis".
"Pihak polis menyoal pelbagai soalan sedangkan beliau masih tidak sihat," kata Mansor, ketika ditemui pada ceramah di Seberang Jaya malam semalam.
Mengenai sama ada Fayyadh Afiq harus memberi kerjasama polis sepenuhnya, Mansor berkata bahawa tidak salah untuk mengambil kenyataan daripada beliau tetapi anggota polis perlu menunggu sehingga beliau benar-benar sihat untuk menjawab soalan.
Sabtu lalu, pengawal peribadi itu mendakwa bahawa tangan kirinya cedera selepas ditikam dengan objek tajam ketika beliau mengiringi Wan Azizah majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang - Malaysiakini
Diganggu seperti apa yang diceritakan oleh Fayyadh ialah, anggota polis datang menemuinya ketika lewat malam mengarahkannya berdiri, menggerakkan tangan yang telah disuntik atau ditusuk yang masih lemah, mengambil sample darahnya tanpa kebenaran waris dan yang paling menarik ketika mereka hadir mengunjungi Fayyadh seluruh jururawat dan lain-lain petugas di hospital diarah keluar dari Wad 5 itu..
Tentang laporan Jabatan Kimia yang menjalankan analisis ke atas contoh darah dan air kencing mangsa.. kenapa pula ianya dipegang oleh Pengarah Kesihatan dan tidak ditunjukkan langsung kepada keluarganya??
No comments:
Post a Comment